Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(535)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
A. Secara Umumnya, bilakah kata "dan" dan simbol "&" digunakan? B. Dalam penggunaan kata nama khas seperti jabatan (Contoh : Jabatan Penyelidikan dan Inovasi), adakah i. Penggunaan "dan" atau "&" yang sesuai. ii. Sekiranya "dan" sesuai, adakah ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar?

Penulisan formal dalam bahasa Melayu tidak menggunakan simbol & untuk menggantikan perkataan “dan

Penggunaan "dan" atau simbol "&" bagi kata nama khas, seperti nama jabatan ialah “Jabatan Penyelidikan dan Inovasi”, dengan menggunakan huruf kecil bagi kata hubung “dan”.

Tatabahasa14.08.2023
Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). 

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut:


baru

kata adjektif

1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya.

2  ....

9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan.

kata bantu
10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka.

12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku.


baharu 

kata adjektif

1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.

2 ....

8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar.

kata bantu

9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka.

10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk.

Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya.
Makna12.01.2024
Assalamuaikum tuan, adakah supu (paduan bagi "sudu" dan "garpu") dan gardu (paduan bagi "garpu" dan "sudu") boleh dipakai sebagai padanan "spork" (daripada "spoon + fork") dalam bahasa Inggeris? Terima kasih.
Dalam bahasa Melayu ada beberapa perkataan yang merupakan akronim yang diterbitkan melalui proses penggabungan suku kata atau bahagian kata beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan lain, misalnya pawagam dan berdikari. Walau bagaimanapun, perkataan supu yang merupakan gabungan singkatan bagi sudu dan garpu masih tidak kedapatan dalam korpus bahasa Melayu. Pembentukan kata akronim seperti ini perlu diselaraskan dan tidaklah boleh dilakukan sewenang-wenangnya serta tertakluk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu.
Istilah02.08.2023
Assalamualaikum dan hi, Saya mempunyai beberapa soalan yang ingin diajukan: 1) Hasil daripada carian PRPM, boleh saya tahu kenapa perkataan "dakwa" dan "makna" ditulis sebagai "دعوا" dan "معنا" dalam Jawi, dan bukan sebaliknya ("دعوى" dan "معنى")? Jika tidak silap, kedua-dua perkataan merupakan kata serapan bahasa Arab. 2) Adakah terdapat kaedah khas untuk mengeja perkataan bahasa Inggeris dalam tulisan Jawi? Contoh: University of Cardiff / Buckingham Palace - Adakah perkataan tersebut perlu dikekalkan dalam bentuk tulisan Rumi apabila menulis teks dalam tulisan Jawi? atau - Adakah perkataan tersebut perlu diterjemahkan dalam bahasa Melayu, kemudian ditransliterasikan dalam Jawi? atau - Adakah perkataan tersebut boleh terus ditransliterasikan dalam tulisan Jawi? Jika ya, apakah kaedahnya? 3) Adakah terdapat institusi khas yang boleh memberikan pengiktirafan kepada seseorang dalam kemahiran penulisan Jawi? 4) Apakah sejarah ringkas di sebalik kewujudan tulisan Jawi? Sekian soalan daripada saya. Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak DBP atas kesudian menjawab soalan saya. Sekian, terima kasih.1. Benar, kedua-dua kata ialah kata serapan Arab tetapi apabila dieja Jawi, kata tersebut dieja berpandukan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu di dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Jawi Edisi Kedua (2016).
2. Terdapat pelbagai kaedah ejaan Jawi daripada kata nama khas bahasa asing. Salah satunya ialah mengekalkan kata nama khas tersebut dalam bahasa asing dan ditransliterasikan secara terus, atau menggunakan prosedur pinjam terjemah leksikal atau pinjam terjemah struktur yang kemudian ditransliterasikan.
3. Tiada. DBP menyediakan kursus pembinaan kepada penggiat dan pencinta Jawi untuk diiktiraf sebagai Munsyi Dewan (Jawi).
4. Secara ringkas, sejarah perkembangan tulisan Jawi terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Jawi Klasik (1303-1928) dan Zaman Jawi Moden (1928-kini). Peranan tulisan Jawi bukan sahaja sebagai warisan negara yang diiktiraf oleh UNESCO, malah memperkasakan jati diri rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu yang beragama Islam.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila datang ke DBP atau berhubung terus dengan pakar rujuk kami.
Lain-lain22.12.2023
Salam, saya ingin bertanya mengenai dua soalan. Pertama, tentang kamus Melayu-Inggeris yg tersedia dlm kamus DBP dalam talian. Adakah terdapat kamus Melayu-Inggeris setiap edisi? Macam mana utk mencari dan menggunakannya? dan adakah DBP sudah tidak menyediakan sebarang kamus Melayu-Inggeris, kamus Oxford, kamus dwibahasa yg lama dan terkini, dan lain-lain yg berkaitan? Soalan kedua, kenapa DBP kurang memerhatikan sudut istilah dan kosa kata bahasa Melayu, dan kurang berperanan dlm penyumbangan kosa kata bahasa Melayu? Terutamanya dlm "Terjemah Google" atau "Google Translate", dek " Terjemah Google" sgt meluas penggunaannya dlm masyarakat antarabangsa. Saya lihat, bahasa Indonesia mendahului drpd bahasa Melayu dlm sudut kosa katanya. Utk padanan kata "look" saja, bahasa Indonesia memiliki 19 padanan kata iaitu 7 utk kata nama dan 12 utk kata kerja, manakala bahasa Melayu hanya memiliki 4 padanan kata. Sangat mengecewakan, memandangkan bahasa Melayu itu merupakan induk, dan seharusnya lebih kaya kosa kata drpd bahasa yg dilahirkannya. Bolehkah ahli DBP cuba utk memperkenalkan, memperkayakan dan menyumbang kosa kata yg byk kpd "Terjemah Google" supaya seluruh kosa kata bahasa Melayu dikenali, dikagumi, malah bahasa kebangsaan kita dpt dimartabatkan di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih dan salam sejahtera!Sila rujuk lampiranPenyelidikan14.07.2023
Saya dan ibu Ibu dan saya Yang mana lebih tepat? Yang kurang tepat itu adakah salah?1. Saya dan ibu
2. Ibu dan saya

Kedua-dua frasa di atas betul.
Tatabahasa09.07.2023
Apakah terjemahan yang tepat bagi isitilah Organisation for Economic Cooperation and Development? Berdasarkan rujukan penggunaan oleh media, antara variasi yang digunakan adalah (1) Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan dan (2) Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah Organisation for Economic Cooperation and Development ialah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi.Penyemakan dan penterjemahan22.01.2024
Mohon pencerahan sama ada perkataan "naziran" wujud?, atau hanya nazir sahaja? Naziran perolehan dan kewangan atau Nazir Peolehan dan kewangan atau Lawatan Naziran perolehan dan kewangan atau Lawatan Nazir Peolehan dan kewangan? Sekian, terima kasih.Perkataan "naziran" terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 1525) dengan makna "hasil daripada menazir sesuatu". "Nazir" pula bermaksud "orang yang bertanggungjawab memerhati, memantau dan memeriksa perjalanan pentadbiran dalam sesebuah organisasi seperti sekolah dan masjid".

Oleh sebab itu, (1) naziran perolehan dan kewangan bermaksud hasil daripada perbuatan menazir perolehan dan kewangan, manakala (2) nazir perolehan dan kewangan bermaksud orang atau pihak yang bertanggungjawab dalam menazir perolehan dan kewangan. (3) Lawatan Nazir Perolehan dan Kewangan.

Makna08.02.2024
Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut:

mampan kata adjektif

(berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. 
Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.


mapan
kata adjektif

1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan.

2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan.

(berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan.

Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP.
Makna12.01.2024
Kami berhasrat mendapatkan makna, maksud, definasi "Sensora" dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, secara rasmi dan bertulis.Maaf. Tiada kata dan makna/definisi yang terakam dalam kamus dan istilah (PRPM) bagi kata sensora.Makna10.01.2024
12345678910...

Kembali ke atas