Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan

Puisi
 

Berapa dalam lubuk Inggeris,
     Saya berani menebar jala;
Berapa tajam pisau dan keris,
     Saya berani menegak dada.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(535)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIATERMI

Diatermi ialah satu kaedah rawatan untuk

kerosakan otot dan sendi dan juga penyakit lain

dengan menghasilkan tenaga haba dalam tisu di

bawah kulit. Diatermi khususnya digunakan untuk

menghilangkan kesakitan pada otot, ketegangan

otot dan kesakitan, serta radang sendi.

UMUM 
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

badan pembinaan dan pengembangan bahasa,

kesusasteraan dan penerbitan dalam bahasa

Melayu.

UMUM 
YELLOWLEGS

Yellowlegs ialah nama bagi dua jenis burung

pesisir. Burung ini mempunyai tanda-tanda hitam

dan putih dan kaki yang panjang berwarna

kuning. Ia hidup di sepanjang pesisir dan rawang

dalam penerbangannya ke utara pada musim

bunga untuk bersarang di utara Amerika Utara.

UMUM 
DOLOMIT

Dolomit ialah mineral yang menjadi sumber

utama magnesium yang diperoleh daripada

kerak bumi. Dolomit agak keras dan rapuh, dan

terdiri daripada kalsium karbonat dan magnesium

karbonat. Formula kimia dolomit ialah CaMg (CO3)2 .

UMUM 
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM 
KREN

Kren ialah mesin angkat yang digunakan

untuk mengangkat dan menggerakkan beban

berat di limbungan kapal dan kilang, dan di

tapak pembinaan.

UMUM 
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
CHIPMUNKChipmunk ialah haiwan kecil, berjalur yang
hidup dalam lubang dalam tanah di Asia dan
Amerika Utara. Chipmunk memakan biji-bijian
dan kekeras yang dipungut dan disimpan dalam
lubangnya.
UMUMUmum
EKSPORT DAN IMPORT

Eksport dan import ialah barangan yang

dibawa keluar dan masuk ke sesebuah negara.

UMUM 
EKSPEDISI LEWIS DAN CLARK

Ekspedisi Lewis dan Clark ialah penjelajahan

pertama oleh kerajaan Amerika Syarikat ke

tanah gersang yang luas di barat laut negara itu.

Ekspedisi yang diketuai oleh Meriwether Lewis

dan William Clark, bermula pada tahun 1804 dan

berlanjutan lebih daripada dua tahun.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas