Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga

Puisi
 

Orang Cina juga Melayu,
     Juga Jepun tak jadi bertanam;
Apa kena bungaku layu,
     Bunga ditunggu salah ditanam.


Lihat selanjutnya...(185)
Peribahasa

Lurah juga diturut air,
     bukit juga dilejang panas.

Bermaksud :

Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.

 

Lihat selanjutnya...(45)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah dan juga bole digunakan dalam satu ayat? Contohnya "Sehubungan itu, satu sesi libat urus yang terdiri daripada Perbincangan Kumpulan Fokus "dan juga" Dialog Perundangan 3R mengenai isu tersebut telah diadakan bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada.Perkataan dan juga boleh digunakan dalam satu ayat. Kamus Dewan Perdana memberikan takrifan dan juga sebagai serta. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana hlmn. 475. Tatabahasa21.11.2023
Adakah perkataan 'pun' dan 'juga' boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat? Contohnya: Saya dan dia pun layak juga.Salam sejahtera,

Perkataan pun dan juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, perkataan ini tidak boleh digunakan secara serentak dalam satu ayat kerana akan berlakunya pengulangan maksud. 

Sekian, terima kasih.
Pengembangan20.01.2020
Ada tiga soalan yang saya mahu tanyakan. a) Yang mana satukah ayat berikut yang betul? "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya." atau "Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga di kawasan sekitarnya". Perlukah wujudkan perkataan "di" lagi untuk ayat tunggal kedua? b) Apakah terjemahan sesuai untuk istilah berikut "underlying disease/medical condition" dan "population centre"? c) Adakah 'anggota' sahaja sudah merupakan penjodoh bilangan? Cthnya, "Dua anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu." atau mesti menulis penjodoh bilangan orang di hadapan anggota seperti "Dua orang anggota polis..." Saya masih tidak jelas mengenai situasi ayat berkenaan.1. Ayat yang betul: Insiden rusuhan itu berlaku di tapak kedai dan juga kawasan sekitarnya.

2. Padanan yang betul ialah: underlying disease - penyakit tersirat, medical condition – keadaan perubatan dan population centre – Pusat penduduk.

3. Anggota bukan penjodoh bilangan, ayat yang betul ialah: Dua orang anggota polis terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di kawasan itu.
Tatabahasa22.09.2020
Saya mahu tukar nama pengenalan dan juga e-mel untuk akaun Gerbang Kata saya, bagaimana? Siapa yang sepatutnya dihubungi? Tiada maklumat 'Hubungi Kami' dalam laman itu.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
wujudkah kata ganda bagi perkataan "pak cik" dan juga perkataan "mak cik"?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua Kata Ganda ialah kata yang diucapkan berulang seluruhnya atau sebahagiannya (seperti langit-langit, berulang-ulang, rerambut)Tatabahasa25.11.2018
Apa terjemahan yang betul untuk perkataan cognitif flexibility dan juga good governance?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "cognitive flexibility" ialah kebolehubahan kognitif.


Makna17.03.2021
Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan Balau Merah (nota: nama khas atau nama am?) dan juga terjemahan untuk Bahasa Inggeris yang tepat untuk perkataan Balau Merah = Red Balau (note: proper or common noun?)

Perkataan “balau merah” ialah kata nama am. Padanan untuk balau merah dalam bahasa Inggeris ialah “red balau” namun nama balau merah boleh digunakan tanpa diterjemahkan dengan menulis secara italik (huruf condong) “balau merah”.

Lain-lain22.03.2022
Saya agak keliru untuk ejaan Melayu bagi perkataan 'tart'. Dalam kamus dewan edisi keempat dan juga kamus pelajar, tart dirakamkan sebagai baku. Tetapi dalam istilah Malaysia ditulis tat sebagai padanan tart. Manakah yang patut digunakan dalam penulisan? Berdasarkan korpus DBP, manakah ejaan yang lebih luas diguna pakai dalam penulisan?Ejaan yang betul ialah tart. Sedikit panduan yang boleh digunakan jika berlaku perbezaan maklumat, sila rujuk data Kamus Pelajar. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa28.10.2018
saya cuba buat carian istilah "Ye" dalam laman DBP namun keluar error. Saya lakukan carian menggunakan Chrome dan juga Safari. Harap pihak DBP ambil tindakan. Sekian terima kasih.Kami mengambil maklum hal tersebut. Kami akan mengemukakan permasalahan ini ke Bahagian Sistem Maklumat untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain25.04.2017
Assalamualaikum, Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin bertanya mengenai ejaan sebenar tulisan jawi bagi perkataan "Pusat Perkembangan Minda" dan juga "Terapi Matematik". Mohon bantuan dari pihak tuan/puan. Terima Kasih

1. Ejaan jawi "Pusat Perkembangan Minda" ialah ڤوست ڤرکمبڠن ميندا

2. Ejaan jawi "Terapi Matematik" ialah تيراڤي ماتماتيک

Lain-lain17.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas