Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dan.da.nan] | دندنن

Definisi : hiasan, pakaian perlengkapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dandanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasihUntuk makluman, istilah "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Pada pandangan kami,  "Undang-undang Antidandanan"  dan "dandanan seksual kanak-kanak" adalah salah. Untuk mendapatkan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai, sila hubungi Bahagian  Perisitlahan dan Leksikologi melalui talian 21479158/21479155.Istilah08.09.2016
Apakah terjemahan untuk "Anti-Grooming Law" dan "child sexual grooming" dalam konteks penderaan seksual terhadap kanak-kanak? Saya dapati ada yang menterjemahannya sebagai "Undang-Undang Anti Dandanan" dan "dandanan seksual kanak-kanak". Adakah terjemahan ini betul? Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah anti-grooming law secara umumnya ialah undang-undang antiantun dan istilah child sexual grooming ialah antun seksual kanak-kanak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.01.2024
Salun kecantikan Dan Dandanan RambutMenurut data kami, ejaan yang betul ialah Salun Kecantikan dan Dandanan Rambut.   (perhatikan pengunaan huruf kecil dan besar)Lain-lain29.04.2019
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "KEDAI DANDANAN RAMBUT" untuk papan iklan Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu. Terima kasih.Ejaan jawi untuk KEDAI DANDANAN RAMBUT ialah 

كداي دندنن رامبوت

Ejaan15.09.2013
Salam, mohon pandangan..adakah frasa 'STUDIO DANDANAN RAMBUT DAN AKADEMIK' boleh digunapakai untuk papan iklan...? Jika tidak mohon cadangan dari pihak tuan....TKCadangan kami ditulis: Akademik dan Studio Dandanan RambutLain-lain14.11.2011
Adakah ayat penggunaan bahasa bagi "salun(di ikuti nama syarikat)" adalah betul...atau "salun rambut (nama syarikat)"... cth : "Salun Aida" atau "Salun Rambut Aida" mohon pandangan tuan..TKFrasa yang betul untuk keterangan aktiviti syarikat tersebut ialah "Salun Dandanan Rambut Aida" atau "Salun Dandanan Rambut".Tatabahasa25.08.2011
untuk iklan papan tandaPinda kepada: SALUN DANDANAN RAMBUT. setelah dibetulkan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain27.05.2015
Salam...saya ingin bertanya terjemahan yang sesuai untuk 'toiletries' selain kelengkapan tandas. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang lain untuk "toiletries" ialah kelengkapan dandanan diri.Istilah13.10.2015
Sejarah Pengesahan Bilangan Pengesahan : 1 - Tarikh Mula Proses Permohonan : 16/08/2016 07:53 - Tarikh Pengesahan : 16/08/2016 08:31 - Status Permohonan : TIDAK LULUS - Pindaan/Komen : Tukar kepada WAKIL INSURANS KENDERAAN Kenapa tidak boleh "PUSAT INSURANS KENDERAAN"..Kata keterangan "PUSAT" lazimnya digunakan untuk perkhidmatan yang lebih besar, seperti "PUSAT DANDANAN RAMBUT", dan untuk kedai digunakan "SALUN DANDANAN RAMBUT".Lain-lain16.08.2016
Selamat Pagi admin... No. Pendaftaran : 4927/2011 Pemohon : norhasimah Syarikat : Kool Kutz Inc Sdn Bhd Tajuk : salun kool kutz inc Tarikh Selesai : 05/09/2011 Status : TIDAK LULUS saya ingin mendapat penjelasan tentang permohonan saya di atas...sebab-sebab mengapa tidak mendapat kelulusan daripada pihak dbp, dan apa yang harus saya buat untuk mendapat kelulusan daripada dbp untuk iklan ini. Sila beri penjelasan.... terima kasih..

Permohonan tersebut tidak diluluskan kerana keterangan aktiviti yang dikemukakan tidak jelas. Penggunaan perkataan "SALUN" sahaja tidak menggambarkan aktiviti/jenis perniagaan yang diusahakan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "Salun" bermaksud ruang (bilik besar dsb) utk sesuatu kegunaan tertentu (biasanya sbg tempat berniaga), sj kedai atau tempat perniagaan.

Oleh yang demikian, cadangan keterangan aktiviti yang baharu ialah Salun Dandanan Rambut atau Salun Kecantikan atau Salun Persolekan.

Lain-lain07.09.2011

Kembali ke atas