Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
telap I1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilu­kai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanah­nya tanah liat yg tidak ~ air; menelap makan pd (senjata), mempan pd, melukai, mencederakan, mengena.Kamus Dewan Edisi Keempat
dapat tidaknyadapat atau tidak dapat­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terangkupdapat dirangkup, dapat di­ling­­­kungi: malangnya pandangan tersebut ada­lah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
tension(ténsion) bp perasaan tertekan yg me­nim­bulkan rasa cemas, bimbang, tidak tenang, dsb disebabkan faktor tertentu: selain dapat melepaskan ~, dapat juga pengala­man baru; duduk-duduk begini sambil mendengar cerita dapat juga menghilang­kan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
puas1. berasa senang (kenyang, lega, dll) ke­rana sudah mendapat secukup-cukupnya: sesudah sepinggan penuh ~lah ia; 2. berasa senang kerana sudah terpenuh hasrat hati: rakyat berasa ~ dgn apa yg dilaksanakan oleh kerajaan; 3. lebih drpd cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan, jemu: ~ dia mencari kerja tetapi masih belum dapat-dapat juga; ~ hati berpuas hati; ~ lelas puas sungguh­-sungguh; puas-puas hingga puas (jemu): Sharifah Barlian meneliti susuk tubuh tukang kebun itu ~; belum ~ belum jemu-jemu; tidak ~-~nya tidak jemu-jemunya; sepuas-puas; ~ hati = ~nya hingga puas (kenyang dll), hingga jemu (tidak mahu lagi): budak itu diciumnya ~ hati; biarlah mereka mengatakan hal kita ~nya; berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; kepuasan perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa; ketidakpuasan perihal tidak puas, perasaan tidak puas hati; pemuasan perihal memuaskan: ~ nafsu; pemuas (sesuatu dsb) yg memuaskan: ~ nafsu seks lelaki.Kamus Dewan Edisi Keempat
rangkup II; merangkup 1. merangkum, me­meluk; 2. menudungi, menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang; terangkup dapat dirangkup, dapat di­ling­­­kungi: malangnya pandangan tersebut ada­lah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah tempurung sahaja; rangkupan rangkuman, cakupan, ling­kung­an: mereka menumpukan perhatian pd pe­nye­lesaian masalah dlm ~ paradigma ter­tentu.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperteguhmenjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita;Kamus Dewan Edisi Keempat
terpandang1. dapat dipandang, terlihat, ke­lihatan: ~lah si anak itu telah terjeringing; tidak ~ a) tidak terlihat (kelihatan); b) tidak dapat dipandang sahaja begitu, tidak dapat dibiarkan begitu; 2. tidak sengaja atau tiba-­tiba memandang (kpd, pd): serta ia ~ muka Tuan Raffles; 3. terkemuka, terbilang, dise­gani, dihormati: ia hendak menjodohkan anaknya dgn orang yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
sarana(segala) sesuatu yg dapat digunakan sbg alat dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu: bahasa Melayu hendaklah dibina agar dapat berfungsi sbg ~ yg benar-benar dapat menyampaikan ilmu secara berkesan; karya-karya sastera ialah wadah atau ~ utk menyatakan dunia masyarakat dan zaman-nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
merinci1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn me­nyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas