Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pat] | داڤت

Definisi : 1 boleh (berupaya) melakukan sesuatu; sanggup: Saya ~ menyudahkan kerja itu. 2 bp beroleh; menerima; kena: Saya ~ RM10,000/- kerana memenangi peraduan itu. 3 bp bertemu dgn apa-apa yg dicari; bersua: Penat ia mencari duitnya yg hilang itu tetapi tidak juga ~. 4 bp berjaya (bkn apa-apa yg diusahakan atau yg dicita-citakan); tercapai; berhasil: Akhirnya ~ juga apa yg dicita-citakannya. ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha. mendapat 1 menerima; beroleh: Adiknya ~ gelaran ratu kebaya. 2 mengalami; menemui: Dia selalu ~ kesusahan. mendapati 1 menjumpai; menemui: Dia ~ emaknya sedang tidur. 2 mendapat maklumat; mengetahui: Doktor ~ banyak penduduk di situ yg menghidap penyakit malaria. 3 memperoleh; menemukan. mendapatkan 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. terdapat didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. pendapatan hasil pencarian: Kerana ~nya kecil, ia tidak mampu membeli rumah. berpendapatan beroleh atau mempunyai pendapatan: Dia termasuk dlm golongan yg ~ tinggi. pendapat fikiran; pandangan; anggapan: Pd ~ saya, eloklah kita sokong projek pembinaan surau itu. sedapat sebagaimana atau sebanyak yg dpt. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
false curvaturekelengkungan palsuKejuruteraanTiadaLandasan yang dilalui oleh kumin-kumin akibat tindak balas yang tidak dapat dikesan, dapat dilihat dalam kebuk kabus, kebuk gelembung, kebuk pembakaran atau dalam pancaran cahaya dari kamera semasa menangkap gambar.
unsightedtidak dapat dilihatSukanTiada1. Tidak dapat dilihat: Keadaan apabila isyarat yang ditunjukkan oleh hakim garis yang membawa makna tiada kepastian tentang kedudukan bulu tangkis, sama ada berada di luar atau di dalam garisan, sewaktu permainan berlangsung.
fiche retrieval systemsistem dapat-kembali fisKejuruteraanTiadayang dapat menayang kembali kandungan maklumat yang terdapat di dalam fis.
undeliverable itemsbarang tak dapat diserahPentadbiran PerniagaanTiadaBenda pos yang tidak dapat diserahkan kepada penerima.
ecesisesesisGeografiTiadaPenyerakan atau migrasi organisma ke kawasan baru dan seterusnya membentuk satu popilasi yang kukuh. Esesis terjadi apabila satu spesies tersebar ke dalam habitat yang sesuai dan dapat membentuk nic atau dapat menyesuaikan dirinya dengan nic petanding dan pemangsa yang baru.
ananastasiaananastasiaPerubatanTiadaKeadaan apabila pengidap tidak dapat bangkit berdiri, atau tidak dapat berdiri.
personae dramatispara pelakonSejarahTiadaOrang yang dapat melakonkan watak-watak tertentu yang dapat melindungi kedudukan sosial dan diri individunya yang sebenarnya.
aesthetic elementunsur estetikSukanTiadaPergerakan yang dapat dinikmati keindahannya, dan dengan itu dapat diberikan pengiktirafan.
abstract conditionkeadaan abstrakSosiologiPembangunan ManusiaKeadaan yang hanya dapat digambarkan secara konseptual, tetapi tidak dapat dilihat atau dirasa oleh pancaindera.
helminthagoguehelmintagogPerubatanTiada1. Agen atau ubat yang dapat menghapuskan cacing parasit.,2. Berkaitan dengan agen yang dapat menghapuskan cacing parasit.
12345678910...

Kembali ke atas