Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat pendapatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
earning assetaset berperolehanEkonomiTiadaAset, sama ada aset kewangan seperti bon, atau aset fizikal seperti barang modal, yang dapat menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya.
perishabilitylepas peluangPelanconganTiadaKeadaan apabila bilik atau tempat duduk tidak dapat dijual dan mengakibatkan pengusaha kehilangan pendapatan.
intercroppingtanaman selinganPertanianAgroteknologiTanaman yang ditanam bersama-sama tanaman lain sebagai sampingan. Amalan penananam ini dilakukan dalam satu kawasan secara berselang-seli. Tujuan amalan penanaman ini adalah untuk mendapatkan sumber pendapatan yang lebih tinggi selain dapat menggunakan kawasan tanah secara optimum. Contoh tanaman selingan di Malaysia ialah penanaman koko bersama-sama kelapa. Kombinasi ini dapat memberikan manfaat kepada koko kerana pokok kelapa dapat memberikan perlindungan kepada koko yang lebih memerlukan keadaan yang bernaung. Contoh lain termasuklah tanaman getah bersama-sama pisang. Tanaman pisang boleh memberikan hasil kepada penanam sementara menunggu getah dapat ditoreh. Tanaman selingan juga dapat mengurangkan risiko perosak dan jangkitan penyakit disebabkan terdapat lebih daripada satu jenis tanaman yang mempunyai musuh-musuh yang berlainan.
accounting softwareperisian perakaunanTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang membantu pengurusan perakaunan sesebuah organisasi. Perisian ini dapat membantu dalam penjanaan penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira. Contohnya, perisian Peachtree, MYOB, GnuCash dan UBS.
agroforestryagroperhutananPertanianAgroteknologiSistem pertanian yang menggabungkan tanaman perhutanan dengan tanaman pertanian dan pengeluaran ternakan dalam satu unit pengurusan. Sistem ini penting bagi menghasilkan produk yang pelbagai dan pulangan pendapatan yang lebih tinggi. Tiap-tiap unit pengeluaran dapat saling membantu antara satu sama lain. Contohnya, hasil sampingan tanaman dapat digunakan sebagai makanan ternakan, manakala najis ternakan dan daun pokok hutan yang telah reput dapat meningkatkan kesuburan tanah. Peningkatan biodiversiti dalam sistem ini akan memberikan keadaan yang lebih stabil berbanding dengan sistem monokultur. Lihat juga monokultur.
Keynesian economicsekonomi KeynesEkonomiTiadaFahaman ekonomi tentang penentuan pendapatan negara dan guna tenaga yang melibatkan komponen sektor benar. Saranan utamanya adalah ekonomi mungkin mencapai keseimbangan walaupun terdapat pengangguran, dan dengan merangsang permintaan agregat, kemelesetan ekonomi dapat dipulihkan. Mengikut fahaman ini, dasar fiskal melalui cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah yang paling baik untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi. Lihat juga model Keynes. Sinonim sistem Keynes.
income policydasar pendapatanEkonomiTiadaDasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari insured tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.
green economyekonomi hijauEkonomiTiadaEkonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi. Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semula jadi. Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semula jadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan.
use and occupancy insuranceinsurans guna dan huniPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerugian pendapatan dalam insurans dandang dan jentera. Insurans ini juga digunakan bagi sesetengah kontrak yang berjanji akan membayar tuntutan berdasarkan nilai tetap bagi setiap hari pihak yang diinsuranskan tidak dapat mengguna atau menghuni harta tersebut akibat peril yang diinsuranskan.
12

Kembali ke atas