Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pa.tan] | داڤتن

Definisi : 1. ark sesuatu yg didapati (diper­oleh), perolehan; ~ tinggal harta yg didapati semasa kahwin dan menjadi hak isteri apabila bercerai; 2. sesuatu yg didapati atau diketemui (hasil drpd kajian, penyelidikan, dsb), pene­muan: menyediakan laporan tentang be­­- be­ra­pa ~ drpd kajian yg telah dijalankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. 1. Berdasarkan dapatan saya daripada Tatabahasa Dewan dan ruangan Munsyi Bahasa dalam Utusan Malaysia, kata sendi nama 'dengan' hadir di hadapan nama/frasa nama. Mohon penjelasan tuan tentang perkara yang berikut; a) Ali menerima berita itu dengan gembira. sepatutnya ditulis.. b) Ali menerima berita itu dengan gembiranya. c) Ali menerima berita itu dengan perasaan gembira. benar atau tidak. 2. Bagaimana pula dengan ayat yang berikut; d) Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh- sungguh. e) Ali membuat kerja sekolahnya dengan teliti bersungguh-sungguh = kata kerja teliti = kata kerja 3. Mohon penerangan tuan tentang peribahasa ' omong kosong' dan ' tin kosong '. Adakah kedua-duanya sinonim ?Kedua-dua ayat Ali menerima berita itu dengan gembira dan Ali membuat kerja sekolahnya dengan bersungguh-sungguh betul. Perlu diingat kata dengan mempunyai dua fungsi, pertama sebagai kata sendi nama dan kedua sebagai kata hubung pancangan keterangan. Dalam ayat contoh tersebut kata dengan berfungsi sebagai kata hubung dalam ayat majmuk pancangan keterangan.
Omong kosong bermaksud percakapan yang bukan­-bukan (tidak ada buah butir yang penting), manakala tin kosong bermaksud tin yang tidak berisi apa-apa. Berkemungkinan dalam bahasa percakapan kita biasa mendengar ungkapan tin kosong yang seolah-olah maksudnya sama dengan omong kosong. Walau bagaimanpun dalam sumber rujukan kami hanya omong kosong yang diberi maksud sedemikian.
Tatabahasa04.04.2012
baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Penulis tersebut menyatakan peribahasa tersebut kurang tepat tetapi yang sebetulnya ialah "harapkan pegar, pegar makan padi". Mohon penjelasanSehingga kini belum ada dapatan sahih tentang peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" adalah betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. Lain-lain07.02.2012
Salam 1Malaysia, terdapat beberapa kemusyikilan bahasa yang saya hadapi. 1. Persoalannya, bolehkah kata ‘dalam’ diikuti kata kerja? Contohnya: ...terlibat dalam memberikan bantuan ... dalam melaksanakan urus tadbir sumber air 2. Frasa pasukan anda itu kata ganti nama diri kedua atau diri ketiga? Contohnya: ...pasukan anda berikan 3. Adakah ‘dapatan kajian’ bentuk lewah? Contohnya: Dapatan kajian membuktikan bahawa ... 4. Bolehkah kata sendi nama diikuti kata adjektif? Contohnya: ...diurus dengan baik 5. Air licik mencemari / mencemarkan sumber air? ...air licik mencemarkan sumber air 6. Yang manakah yang betul: di tangan kerajaan atau dalam tangan kerajaan? Contohnya: ...terletak di tangan kerajaan Khidmat nasihat DBP amat dihargai.Sekian. Kay Seven1. Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama yang dapat juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan ini mesti hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 284.
2. Anda merupakan kata ganti nama kedua.
3. Dapatan kajian bukan bentuk lewah.
4. Kata sendi nama tidak boleh diikuti dengan kata adjektif kerana kata sendi nama merupakan perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
5. Dalam tangan kerajaan
Tatabahasa08.11.2015
Apakah maksud bersesuaian bagi "plenary and keynote speakers"Berdasarkan carian, maksud dapatan kami:

1. Plenary speakers bermaksud seseorang atau tokoh yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang memberikan ceramah/ucapan berkenaan bidang tersebut.

2. Keynote speakers bermaksud seseorang yang memberikan ceramah/ucapan berdasarkan topik utama perbincangan
Penyemakan dan penterjemahan07.01.2019
7. Mana-mana pinjaman atau bahagian pinjaman yang diberikandibuat daripada Kumpulan Wang dan caj perkhidmatan yang kena dibayar berkaitan dengan pemprosesan, kelulusan, pengurusan, penebusan dan mendapatkan bayaran dapatan balik pinjaman hendaklah disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hendaklah didapatkan semula dengan sewajarnya. 7. Any loan or part of a loan made out of the Fund and service charge due in connection with the processing, approval, management, redemption and recovery of the loan shall be deemed to be a debt due to the Government and shall be recovered accordingly. Apakah padanan bagi recovery of the loan? Adakah sesuai jika dubah kepada 'pemerdapatan pinjaman'?Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi recovery of the loan ialah dapatan balik pinjaman.
Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Salam sejahtera. Tema Hari Guru 2019 "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi" Soalan : Berdasarkan kamus dan dapatan daripada ruangan soal jawab tuan, 'Pertiwi' dirujuk kepada akronim bagi Persatuan Wanita Islam Malaysia. Ibu pertiwi = tanah air. Saya berpendapat " Guru,Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi" ialah ungkapan yang betul. Mohon pandangan tuan. Terima kasihPada pandangan kami, perkataan “Guru, Obor Hemah Menyinari Ibu Pertiwi” lebih sesuai digunakan.Makna15.04.2019
mohon terangkan pengggunaan perkataan 'nan' dalam ayat, fungsi dan bagaimana.terima kasihTidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh.Tatabahasa14.11.2016
apakah perkataan yang paling sesuai ( memiliki atau mempunyai Sijil Perguruan) untuk ayat di bawah? Berdasarkan dapatan Jadual 4 ini, dapat disimpulkan bahawa responden yang memiliki / mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan,Diploma Pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan menunjukkan kompetensi yang tinggi dalam hampir keseluruhan item.

Kedua-dua perkataan, iaitu ‘memiliki’ dan ‘mempunyai’ boleh digunakan. Sama ada memiliki ikhtisas Sijil Perguruan... atau mempunyai ikhtisas Sijil Perguruan... adalah betul.

Tatabahasa21.01.2015
assalamualaikum, saya seorang pensyarah statistik ingin bertanya tentang perkataan 'effect size' yang kini selalu digunakan untuk menerangkan dapatan kajian. Apakah perkataan bahasa Melayu untuk 'effect size'?Istilah bahasa Melayu untuk "effect size" ialah kesan saiz.Istilah13.06.2016
Apa maksud perkataan pendolarisasi dan contoh ayatnya?Kata pendolarisasi tidak terakam dalam kamus terbitan DBP. Dapatan awal mendapati kata ini ialah kata padanan bagi dollarization yang bermaksud proses memberikan kadar atau nilai mata wang tempatan berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS).

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia cuba menggunakan mata wang tempatan dalam urusan dagangan dengan harapan dapat mengurangkan risiko kebergantungan mata wang antarabangsa, bagi 
mengukuhkan ekonomi negara. 

Contoh penggunaan kata pendolarisasi:
Malaysia telah mengambil langkah permulaan yang tegas dengan bergerak ke arah pendolarisasi bagi mengukuhkan kembali kedudukan ringgit.




 

Makna01.11.2023
12345678910

Kembali ke atas