Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
kumpulan hidroksil) Kumpulan univalen OH yang terdapat dalam banyak sebatian tak organik dan mengion dalam larutan untuk membentuk radikal OH – . Kumpulan ini juga merupakan ciri bagi siri alkohol. (KIM) hymen (dara) Selaput yang menutupi liang faraj yang biasanya mempunyai liang kecil yang membolehkan darah haid keluar melaluinya. (UBAT) hydrological year hymen Kamus Sains.indb 390 7/8/08 11:49:27 7/8/08 11:49:29 AM 399 impacted fracture (fraktur impak) Patah tulang apabila suatu tulang atau serpihannya termasuk ke dalam baha- gian tulang yang lain. (UBAT) imperforate hymen (dara tak berliang) Selaput dara yang tidak mempunyai liang kecil yang biasanya terdapat pada dara yang normal. Keadaan ini menghalang pengaliran keluar darah haid. (UBAT) imperial unit (unit diraja) Sistem pengukuran

Kembali ke atas