Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[darah] | داره

Definisi : 1. cecair berwarna merah yg mengalir dlm tubuh manusia atau binatang: orang yg cedera parah itu banyak mengeluarkan ~; 2. ki keluarga, sanak saudara, keturunan; pertalian ~ hubungan kekeluargaan atau keturunan; 3. ki sifat (kebolehan) semula jadi, bakat: ~ seni memang sudah lama mengalir di dlm jiwanya; 4. ki semangat, jiwa: ~ perwira memang terdapat di kalangan orang Melayu; (sudah) menjadi ~ daging a) (sudah) mendarah daging (sudah) sebati dgn atau meresap di dlm jiwa: ajaran sosialis sudah menjadi ~ dagingnya; b) = (sudah) menjadi kaum kerabat sendiri atau saudara sendiri; ~ gemuruh mudah gugup, lekas hilang ke­tenangan; ~ hidup darah yg masih cair (belum beku); ~ ikan warna merah tua; ~ lintah pekat, kental, likat (bkn air kopi dll); ~ manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan (bkn orang yg bertunang dll); ~ mati darah yg sudah beku; ~ muda semangat atau perasaan orang muda; ~ panas pemarah, lekas marah; ~ putih keturunan orang bangsawan; ~ raja keturunan raja-raja; ~ tinggi sj penyakit yg menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi; ~ baru setampuk pinang prb masih terlalu muda; bersukat ~lah baru kuberi prb biar mati drpd menyerah kalah; bersukat ~ ber­timbang daging prb melawan sampai mati; me­nakik ~ di batu (dialu) prb kerja yg sia-sia (bekerja teruk, hasilnya sedikit); minta ~ pd dabung (daing) prb minta bantuan drpd orang yg tidak berupaya membantu;sedarah 1. satu keturunan, sama asalnya: bukankah Brunei negeri Melayu, orangnya ~ dgn kita; 2. ki sejenis, sebangsa, serupa: kalimat itu senafas dan ~ dgn kalimat-kalimat yg lain;berdarah 1. bkn sesuatu peristiwa (ke­malangan, pertempuran, dll) yg meng­aki­batkan kecederaan atau kematian: ke­jadian ~ 13 Mei 1969; 2. mempunyai darah, la­zimnya merujuk pd pengelasan haiwan, sama ada berdarah panas atau berdarah sejuk: binatang mamalia ~ panas; 3. mengeluarkan (mengalirkan) darah: luka tangan tampak ~, luka di hati siapakah tahu; 4. ada (terdapat) darah yg melekat atau menyerap (pd kain, pisau, dll): kain pembalut itu penuh ~; 5. ber­keturunan, drpd keturunan: ~ bangsawan; ~ raja; 6. bersifat, bersemangat, berjiwa: orang Melayu memang ~ perwira; 7. ber­ke­bolehan semula jadi, berbakat: ~ seni; ~ bali Mn penakut; ~ dingin Id berdarah sejuk; ~ hangat Id berdarah panas; ~ hati sakit hati; ~ panas a) mempunyai darah yg panas dan agak tetap suhunya tanpa dipengaruhi oleh suhu keadaan sekitar (bkn mamalia); b) pe­marah; ~ putih berketurunan bangsawan (orang baik-baik); ~ sejuk mempunyai darah yg berubah suhunya mengikut suhu keadaan sekitar;mendarah spt darah; ~ daging (menjadi) sebati, meresap ke jiwa: kerja demikian sudah ~ daging dengannya; ~ lintah (menjadi) pekat atau kental;mendarahi melumuri (menyapu dgn) darah;perdarahan keadaan keluar darah atau ber­darah akibat cedera atau penyakit: terdapat sebilangan mereka yg hamil anak sulung yg mengalami ~ sehingga tiba proses kelahiran; pendarahan Id pengeluaran (pengaliran keluar) darah, turun darah: gangguan yg agak berbahaya ialah terjadinya ~ pd perem­puan; jika ~ berlaku semasa mengandung, ini semestinya merupakan suatu keadaan yg luar biasa; ~ dalam (luar) Id pengeluaran darah di dlm (di luar) tubuh; pendarah sakti (sudah banyak dipakai utk melukai orang): keris ~; ketujuh-tujuh bilah keris itu baik-baik belaka serta dgn bisanya dan ~nya dan tajamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[darah] | داره

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kenanga, akar sugi-sugi, Desmos chinensis; kayu ~ belut sj tumbuhan (pokok), tampal besi, Phyllanthus reticulatus; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), rumput lilit kain, Centotheca lappacea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[darah] | داره

Definisi : 1 cecair berwarna merah yg terdapat dlm tubuh manusia atau binatang: Terlalu banyak ~ keluar dr kepalanya dan dia telah pengsan. 2 sanak-saudara; keluarga: Masih ada pertalian ~ antara Abdullah dgn bapa saya. 3 sifat (bakat) semula jadi; jiwa: Semua yg dlm keluarga itu mempunyai ~ seni. ~ gemuruh mudah berasa gentar (tidak tenang). ~ ikan warna merah tua. ~ manis mudah mendapat kemalangan (bahaya). ~ panas a. pemarah. b. ist darah yg bersuhu antara 36o–42oC (+ 95o–107oF) spt darah mamalia dan unggas. ~ raja keturunan raja-raja. ~ tinggi penyakit kerana mempunyai tekanan darah yg tinggi. berdarah 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. (haiwan, binatang) ~ sejuk (haiwan, binatang) yg suhu badannya dpt berubah-ubah mengikut suhu persekitarannya (haiwan selain mamalia dan unggas). mendarah spt darah (merah sekali). perdarahan perihal berdarah. pendarahan perihal mengeluarkan darah. sedarah sama keturunan; sama asal usulnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darah

Puisi
 

Hinggaplah hinggap ke kayu tinggi,
     Tumpah darah ke daun pisang;
Kamek datang tumpang di sini,
     Kain basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Bersukat darah,
     bertimbang daging.

Bermaksud :

Melawan sampai mati.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
aras Islam borang permohonan gadaian dengan tugas perlindungan dan keselamatan sistem komputer atau sistem maklumat. corak retina (Ig. retinal pattern; Br. pola retina; Id. pola retina) Bentuk dan topologi saluran darah pada bahagian belakang retina mata yang terdiri daripada gabungan kepanjangan, ketebalan, intensiti warna, dan percambahan atau percantuman saluran darah. Ciri ini boleh menjadi titik rujukan yang membentuk perwakilan corak retina. Corak ini diperoleh daripada alat pengimbas retina biometri dan dipetakan kepada ringkasan digital. Ringkasan ini boleh diproses untuk tujuan

Kembali ke atas