Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.rat] | دارت

Definisi : 1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditum­pangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ ke­rapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat ber­gantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pe­dalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan mere­dah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal ter­bangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau men­daratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk men­darat atau mendaratkan: kapal ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.rat] | دارت

Definisi : Kl bodoh, dungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.rat] | دارت

Definisi : 1 tanah sbg lawan laut, air atau udara: angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja. 2 kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): Ia ke ~ utk mencari kayu. 3 kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah. daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. pendaratan 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darat

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Laut ditembak,
     darat kena.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu.Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratanMakna06.04.2010
saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih.Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. Lain-lain10.04.2010
Apakah maksud perkataan belibir? Terdapat penggunaan 'belibir' pada uniform tentera darat iaitu "Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna". Saya mencari di dalam kamus tetapi tiada. Adakah ia merupakan salah satu kosa kata bahasa Melayu? boleh dilihat pada link berikut http://pesona.mmu.edu.my/~ktng/502AW/wataniah/pakaian_lelaki.htmlTidak ada perkataan belibir dalam pangkalan data kami, melalui semakan data korpus DBP juga tidak menemukan penggunaan kata belibir. Hal ini perlulah dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan dan pihak kami juga akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata tersebut.Istilah08.10.2014
Salam, Saya ingin tenya tentang nama golongan haiwan. Adakah "ternakan darat" termasuk ayam dan itik? Adakah "haiwan peliharaan" termasuk haiwan untuk kegemaran dan juga ternakan di ladang sekali? Adakah "binatang jinakan" merangkumi haiwan untuk kegemaran dan haiwan untuk ekonomi sekali? Terima kasihDalam Kamus Dewan ternakan sama maksudnya dengan binatang ternakan seperti kuda, lembu, kerbau, kambing dan lain-lain. Walau bagaimanapun tidak ada pengelompokan haiwan tersebut sama ada untuk peliharaan di rumah, ladang dan sebagainya. Tambahan maklumat dalam pengiklanan, lazimnya dalam keterangan aktiviti syarikat/kedai haiwan peliharaan di rumah ditulis sebagai "Kedai Haiwan Kesayangan".Makna03.05.2012
Tuan, sila rujuk ayat di bawah,kata hubung yang sesuai untuk ayat di bawah adalah "dan" atau "atau" atau kedua-duanya.sila beri penjelasan. Terima kasih. 1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Sekian,terima kasih.1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Kedua-dua kata hubung  "dan" atau "atau" boleh digunakan. Kata hubung  "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menhubungkan dua perkataan (frasa atau ayat).Tatabahasa13.03.2015
Apakah terjemahan untuk "ground arrangement" iaitu istilah yang biasa digunakan dalam industri agensi pelancongan? Cadangan saya ialah "pengaturan darat" atau "pengaturan atas tanah". Mohon khidmat nasihat untuk istilah yang bertepatan.Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan istilah tersebut. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam Jawatankuasa Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai.Istilah24.02.2019
Assalammualaikum, saya merupakan pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia, saya bertugas di dalam pembuatan manual baru untuk Tentera Darat Malaysia. Justeru, saya amat memerlukan kamus ejaan Bahasa Malaysia yang betul untuk menyiapkan setiap manual baru yang diterbitkan. Masalah saya adalah untuk memastikan penggunaan ayat yang digunakan betul mengikut ejaan Bahasa Malaysia standard yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mohon pihak tuan dapat memberi panduan untuk saya memperolehi melalui cari internet atau melalui dewan bahasa dan pustaka. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.
Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
 
Selain itu, DBP juga ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388
Lain-lain07.11.2010
Assalamualaikum, Saya dari Unit Perhubungan Awam Maritim Malaysia ingin menanyakan berkenaan istilah pangkat dalam Maritim Malaysia iaitu - Kepten (Maritim), saya cuba membuat carian dalam http://prpm.dbp.gov.my/ tidak ditemui tetapi hanya istilah kapten(Tentera darat) yang ditemui. Untuk makluman pihak tuan, untuk pangkat Kepten dalam Maritim Malaysia adalah sama dengan pangkat dalam tentera Laut (Kepten TLDM) dan Pangkat Kolonel dalam Tentera Darat. Saya juga telah beberapa kali berhubung dengan editor surat khabar untuk memaklumkan berkenaan istilah tersebut, mereka memberitahu bahawa istilah Kapten sahaja yang ada dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Macam mana saya hendak memaklumkan secara rasmi kepada DBP tentang istilah pangkat dalam Maritim Malaysia. Pihak tuan boleh merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 tahun 2004 (Skim Perkhidmatan Pegawai Penguatkuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim). http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2004/pp062004.pdf. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas makluman tuan. Kami mencadangkan maklumat tersebut disalurkan secara rasmi (secara bertulis) kepada pihak yang berkepentingan, iaitu Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera yang bertanggungjawab dalam penyediaan manuskrip kamus dan istilah (untuk penambahbaikan pada masa akan datang). Maklumat berkenaan boleh dihantar kepada Encik Rusli bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain02.12.2015
Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan/Puan, Saya Mej Mohd Hairil bin Jaafar dari Bahagian Pembangunan Doktrin, Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD). Soalan saya seperti di lampiran. Terima kasih.​Maklum balas terperinci tentang pertanyaan ini telah dijawab melalui alamat e-mel pengguna.Lain-lain20.11.2023
Jika pemayur adalah padanan bagi istilah vegetarian, bagaimana pula pescatarian (hanya makan hasil laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sayur-sayuran darat tanpa ayam/daging), pollotarian (mendapatkan sumber protein haiwan daripada ayam sahaja bukan daging atau ikan) dan vegan (seseorang yang tidak makan atau menggunakan apa - apa yang dihasilkan daripada haiwan misalnya belulang untuk kasut kulit dan sebagainya).Belum ada lagi padanan bagi perkataan pescatarian dan pollotarian. Dalam teks Bahasa Melayu kedua-dua perkataan ini dihuraikan berdasarkan konsep makna perkataan tersebut sepertimana vegan, huraiannya orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Istilah13.03.2018
123

Kembali ke atas