Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bahasa jiwa pemaju bangsa: dari desa ke kota, dari petani ke industri, dari setempat ke sejagatShaharir Mohamad ZainMelayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu1 December 2006
Puisi Yang Satu-satunya, Berjalan Dari Wajahnya, Dari NamanyaJaafa HSDewan Sastra15 February 1974
Puisi Yang Satu-satunya, Berjalan Dari Wajahnya, Dari NamanyaDjamal TukiminDewan Sastra15 March 1974
Dari kewajiban ke hak, dari Kawula ke warganegaraUmar JunusDewan Budaya1 October 1988
Drama: dari pentas dibukukan, dari buku dipentaskanTiadaMajalah Filem1 September 1977
Novel Dari Lembah ke Coolibah dari Sudut Gerontologi SosialDr. Rosnah BaharuddinDewan Sastera1 December 2000
Dari diari dewanAWadah1 September 1995
Dari dalam cerminProf. Madya Dr. Mohammed Haleem Haji RaziWadah1 March 1995
Dari Karung KataSyaidul Azam KamarudinPelita Bahasa1 July 2007
Dari Sahabat untuk ChrisyeIsmail, TaufiqHorison1 June 2007
12345678910...

Kembali ke atas