Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngonek[N:.nE/]kata kerjaikut dari belakang (secara berderetan).Anok itek tu ngonek ikok mok diyo.[A.n/ i.te/ tu N:.nE/ i.ko/ m/ di.j]Anak itik tu mengikut dari arah belakang ibu dia.
merak[m«.ÄA/]kata namaukuran panjang dari hujung siku sampai ke hujung jari hantu, hasta.Demo kerak pape tu, panje semerak, cukopla.[dE.m k«.ÄA/ pA.pE tu pAn.dZE s«.m«.ÄA/ tSu.ko/.lA]Awak potong papan tu, panjangnya satu hasta, cukuplah.
hok I[h/]kata kerjaberpindah sedikit dari sesuatu tempat, beranjak, berengsot.Acu hok sano sikik, nok tupe dudok getek.[A.tSu h/ s:A.n si.ki/ n/ tu.pE du.d/ gE.tE/]Cuba anjak ke sana sikit, nak tumpang duduk jugalah.
liong[li.joN]kata kerjaambil jalan jauh (menyimpang dari arah yang asal).Diyo tu, kalu nok gi Bacok, diyo liong kok Melo dulu.[di.j tu kA.lu n/ gi b:A.tS/ di.j li.joN ko/ m«.l du.lu]Dia tu, kalau nak pergi ke Bachok, dia ambil jalan jauh ke Melor dulu.
kokok[k.k/]kata kerjamenarik sesuatu menggunakan pencakar.Ayoh dok kokok sapoh dale parek.[A.jh do/ k.k/ sA.ph dA.lE pA.Äe/]Ayah sedang menarik sampah dari dalam parit.
bretoh[bÄ«.toh]kata kerjatidur yang berpanjangan (pada waktu siang).Jok pagi sapa ke pete diyo dok bretoh.[dZ/ p:A.gi sA.pA k« p«.tE di.j do/ bÄe.toh]Dari pagi sampailah ke petang dia tidur.
bolok[b:.l)/]kata kerjaberlumuran dengan sesuatu (melekit dan berair).Kaki Pok Heng bolok denge seluk, pasa diyo baru balek baroh.: :Kaki Pak Him berlumuran selut sebab baru balik dari sawah.
kiroh[ki.čh]kata kerjamembuang air daripada sesuatu bekas dengan cara mencedok.Acu kiroh ae cema dale bekah tu.[A.tSu ki.čh Ae tS«.mA dA.lE b«.kAh tu]Tolong buang air kotor dari dalam bekas tu.
reboh blake[Ä«.bh blA.kE] baring.Ayoh reboh blake smeta lepah naek baroh takdi.[A.jh Ä«.bh blA.kE sm«.tA l«.pAh nAe/ b:A.Äoh tA/.di]Ayah baring sekejap selepas pulang dari sawah tadi.
gerek[gE.ÄE/]kata nama1.      sejenis burung yang sentiasa berbunyi bising (burung layang-layang). 2. emas tiruan.Tok praeh lek siye paka gerek penuh lenge.[to/ pÄAeh le/ si.je pA.kA gE.ÄE/ p«.nuh l«.NE]Peraih dari Thailand memakai emas tiruan penuh lengan.
12

Kembali ke atas