Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kepah[k«.pAh]kata kerjamengusik dengan cara memekik dari arah yang tidak disedari (dari belakang), terjah, sergah.Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang.[hAN dZA.NAn tSu.bA k«.pAh to/ mAh bi.dAn tu sAt.ni di.jA lA.tAh mAm.poeh hAN]Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku.
tumpu[tum.pu]kata tugassampai, hingga (kata hubung).Dia dok buat kreja tu dari pagi tumpu petang.[di.jA do/ bu.wAt kÒ«.dZA tu dA.Òi pA.gi tum.pu p«.tAN]Dia asyik membuat kerja itu dari pagi sehingga petang.
ayam[A.jAm]kata namamengambil wang atau komisen yang tidak rasmi.Bila balek dari tukaq duet pak dia, dia ayam seringget.[bi.lA bA.le/ dA.Òi tu.kAâÖ du.wet pA/ di.jA di.jA A.jAm s«.ÒiN.get]Apabila pulang dari menukarkan wang bapanya, dia mengambilnya seringgit.
   2. kurang siuman, tiga suku.Anak Lebai Mat tu tak ketahuan, dia baru balek dari Tanjong Moktan.[A.nA/ l«.bAj mAt tu tA/ k«.tA.hu.wAn di.jA bA.Òu bA.le/ dA.Òi tAn.dZoN m/.tAn]Anak Lebai Mat itu agak kurang siuman, maklumlah dia baru balik dari Tanjung Rambutan.
pejera[p«.dZ«.ÒA]kata adjektifbersiap sedia, perkemas.Hang pejera betoi-betoi, dia keluaq saja dari bilek tu, hang cekop.[hAN p«.dZ«.ÒA b«.toj.b«.toj di.jA k«.lu.wA)Ö sA.dZA dA.Òi bi.le/ tu hAN tS«.kop]Engkau bersiap sedia betul-betul, sebaik dia keluar dari bilik itu, engkau tangkap.
   2. kurang siuman.Tok sah cari pasai dengan budak gelong tu, dia baru keluaq dari Tanjong Moktan.[to/ sAh tSA.Òi pA.sAj d«.NAn bu.dA/ gE.lN tu di.jA bA.Òu k«.lu.wAâÖ dA.Òi tAn.dZoN m/.tAn]Tidak usah mencari pasal dengan budak yang kurang siuman itu, kerana dia baru keluar dari Tanjung Rambutan.
   2. melihat dari jauh dengan bersungguh-sungguh (supaya nampak dengan jelas).Penembak tu dok perati gagak hak hinggap kat dahan tu betoi-betoi bagi dia senang perembang dengan senapang dia.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.ÒA.ti gA.gA/ hA/ hiN.gAp kAt dA.hAn tu b«.toj.b«.toj bA.gi di.jA s«.nAN p«.Ò«m.bAN d«.NAn s«.nA.pAN di.jA]Penembak itu sedang memerhati gagak yang hinggap di dahan itu bersungguh-sungguh supaya dapat ditenang dengan senapangnya.
sreba tok nenek[sÒ«.bA to/ nE.nE/] banyak dan berbagai-bagai, bermacam-macam, beraneka.Bila dia balek dari luaq negeri, dia beli sreba tok nenek untok anak bini dia.[bi.lA di.jA bA.le/ dA.Òi lu.wA)Ö n«.g«.Òi di.jA b«.li sÒ«.bA to/ nE.nE/ un.to/ A.nA/ bi.ni di.jA]Apabila dia pulang dari luar negeri, dia membeli bermacam-macam barang untuk keluarganya.
kelitin[k«.li.tin]kata kerjamundar-mandir, berlegar-legar (di sekitar sesuatu tempat dengan tujuan tertentu).Aku tengok dari tadi lagi hang dok kelitin tang ni saja, tak pi kelaen ka?[A.ku tE.N/ dA.Òi tA.di lA.gi hAN do/ k«.li.tin tAN ni sA.dZA tA/ pi k«.lAen kA]Sejak dari tadi aku melihat engkau berlegar-legar di sini sahaja, tidakkah pergi ke tempat lain?
relang[Ò«.lAN]kata namalingkaran (dari rotan dan lain-lain) seperti yang dipasang pada tengkuk lembu, gelung.Budak-budak tu guna relang rotan masa depa besenam hula hop.[bu.dA/.bu.dA/ tu gu.nA Ò«.lAN ҍ.tAn mA.sA dE.pA b«.s«.nAm hu.lA hop]Budak-budak itu menggunakan gelung rotan semasa mereka bersenam hula hup.
1234

Kembali ke atas