Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
berkongsi ilmu untuk menyusun kamus ini. Kepada pegawai projek yang sentiasa amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya, kami ucapkan setinggi- tinggi terima kasih. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada editor dari Bahagian Peristilahan dan Leksikologi yang sentiasa cekap dan berdedikasi, membantu menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, mungkin sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah, mahupun kecermatan penyusunannya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 6

Kembali ke atas