Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri] | دري

Definisi : 1. sendi kata yg menerangkan atau me­nyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh, dll): saya berlepas ~ Ipoh pagi tadi; ~ mana hendak ke mana?; dia terjun ~ tingkat lima bangunan itu; berbilang ~ esa; 2. sendi kata yg menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu: ~ sekarang kita tidak boleh main-main lagi; ~ kecil lagi; ~ sehari ke sehari; ~ dahulu hingga sekarang; 3. sendi kata yg menya­takan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yg diukur: kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer ~ bandar; 4. sendi kata yg menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan dll): pasukan itu melancarkan serangan ~ kawasan pergunungan; usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan ~ peringkat sekolah rendah lagi; 5. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang dll): dia berasal ~ Medan; surat ~ London; dia mengangkat air ~ perigi ke dapur; sedari sejak dari, bermula dari: hidupnya miskin dan melarat ~ kecil lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri] | دري

Definisi : 1 kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? Saya berasal ~ negeri Perak. 2 kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari

Puisi
 

Dari mana punai melayang,
     Dari sawah ke batang padi;
Dari mana mula sayang,
     Dari mata sampai ke hati.


Lihat selanjutnya...(456)
Peribahasa

Dari telaga yang keruh,
     tak akan mengalir air yang jernih.

Bermaksud :

Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial denture retentionpegangan dentur sebahagianPerubatanTiadaPegangan dentur sebahagian dari tertanggal dari posisinya. Boleh didapati melalui pengunaan klasp dan peluasan landas dentur.
bar claspklasp barPerubatanTiadaKlasp yang lengannya merupakan sambungan jenis bar dari penyambung utama atau dari landas dentur, melalui sisi tisu lembut dan maju ke arah kawasan sentuhan dari arah gingivo-oklusi.
arkosearkosGeologiTiada1. Batuan bertekstur granul yang terbentuk terutamanya oleh pengagregatan mekanik.,2. Batuan enapan yang terdiri dari bahan yang terhasil dari penyepaian batuan igneus asid mengandungi 25 peratus feldspar atau lebih, biasanya terhasil dari penyepaian batuan igneus asid yang bertekstur granitoid.
traditiontradisiKesusasteraanTiadaUnsur-unsur kesusasteraan dari segala kebiasaan dari segi pengucapan-pengucapan yang diwarisi oleh seseorang pengarang daripada masa lampau.
rhinoplastyrinoplastiPerubatanTiadaPembentukan hidung baru dari tisu yang diambil dari bahagian lain.
terza rimaterza rimaKesusasteraanTiadaStanza yang terdiri dari tiga baris dipinjam dari karya penyair Itali.
bilge cleaningpembersihan bilgaPelayaranTiadaProses membersihkan bilga kapal dari kekotoran yang mengalir dari ruang kargo atau enjin.
flumeflum;/saluranGeografiTiada1. Pelongsor logam yang digunakan untuk pengagihan konkrit dari loji. 2. Paluh dari kayu balak yang berdasar rata atau saluran lain yang terbuka yang dibentuk dengan konkrit untuk hantaran air.
flumeflum;/saluranGeologiTiada1. Pelongsor logam yang digunakan untuk pengagihan konkrit dari loji. 2. Paluh dari kayu balak yang berdasar rata atau saluran lain yang terbuka yang dibentuk dengan konkrit untuk hantaran air.
rondelrondelKesusasteraanTiadaVariasi dari bentuk rondeau Perancis, ditujukan kepada Swinburne. Terdiri dari pada 11 baris dan dengan baris ulang, dalam baris ke-4 dan ke-11 diambil dari bahagian pertama dalam baris pertama, sebagaimana dalam rondaeu.
12345678910...

Kembali ke atas