Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari pedalaman ke bandar

Juga ditemukan dalam:


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KYOTO

Kyoto (pend. 1 461 103) ialah salah sebuah bandar

terbesar di Jepun. Bandar ini terletak di Pulau

Honshu, kira-kira 45 kilometer ke pedalaman

dari pusat perindustrian Osaka (lihat Jepun [peta

politik]). Kyoto ialah ibu kota negara Jepun, dari

tahun 794 M hingga tahun 1868, dan bandar ini

banyak menyimpan khazanah kebudayaan

semula jadi negara itu.

UMUM 
PADANG

PADANG, kota dan pelabuhan pada masa kerajaan Minangkabau. Padang terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Menurut sejarah dan tambo Minangkabau, Padang berasal daripada perkataan ‘padang’ yang dalam bahasa Minangkabau, bermaksud pedang. Pada sekitar abad ke-16, imigran pertama tiba dari pedalaman Minangkabau. Mereka diketuai oleh Maharajo Besar (dari kawasan Solok). Tidak lama selepas itu, tiba pula lima orang ‘datuk’ dan antaranya bernama Datuk Patih Karsani. Dia telah menemui banyak tinggalan berharga seperti mangkuk, pinggan, meriam, pisau dan pedang. Sejak penemuan itulah tempat tersebut diberi nama padang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
JEPARA

JEPARA, pelabuhan utama kerajaan Mataram pada abad ke-17. Jepara menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Eksport utamanya ialah beras yang dihasilkan dari kawasan pedalaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PARIAMAN

PARIAMAN, daerah rantau Minangkabau di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia.  Pada abad ke-14, Pariaman bersama-sama daerah Barus dan Tiku berkembang sebagai pusat perdagangan emas dari kawasan pedalaman Minangkabau.  Ramai pedagang Arab dan Gujerat mengunjungi pelabuhan tersebut.  Tome Pires turut menyebut tentang kepentingan perdagangan Islam di Pariaman, Tiku dan Barus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PAJANG

PAJANG, kerajaan tua di pedalaman Jawa Tengah, Indonesia. Pajang terletak di antara Solo dan Kartosuro, lebih kurang 5 km dari pusat kota Surakarta sekarang. Di Pajang ditemui ribuan serpihan artifak tembikar buatan China dan Asia Tenggara. Artifak ini adalah peninggalan abad ke-13 hingga abad ke-17. Pada taun 1940, ketika dilakukan panggalian pada tempat tersebut, ditemui sebuah fondamen yang diperbuat daripada batu-bata yang besar ukurannya, dan batu-bata yang disusun tanpa perekat kapur ataupun simen. Selain itu ditemui sebuah batu berbentuk kubus (kiub) tanpa hiasan, yang disebut ‘yoni’. Penduduk tempatan menganggap batu tersebut sebagai alas sebuah tiang pendapa.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TANJUNG KATONG

TANJUNG KATONG, kawasan yang terletak di bahagian timur Singapura.  Ia telah wujud sebelum kedatangan Raffles ke Singapura pada tahun 1819.  perjanjian Raffles dengan Sultan Husin Syah pada tahun 1819, menentukan garis sempadan loji British di Singapura, iaitu dari Tanjung Malang di bahagian barat Singapura hingga ke Tanjung Katong, di bahagian timur Singapura, selain kawasan pedalaman Singapura sejauh tembakan meriam.  Pada tahun 1822, Raffles menamakan Tanjung Katong sebagai limbungan marin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas