Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
from9. (indic st thought of as a danger, threat, etc) daripada: he saved her ~ drowning, dia menyelamatkannya daripada mati lemas; the tent protected him ~ the wind and rain, khemah itu melindunginya daripada angin dan hujan; 10. (indic differences or contrast) daripada: the town is different ~ what it used to be, bandar itu berbeza daripada dahulunya; it was hard to tell one ~ the other, sukar hendak mengenal yang satu daripada yg lain; 11. showing giver, sender, daripada: a letter ~ the employer, surat daripada majikan; a present ~ the students, hadiah daripada penuntut-penuntut; 12. judging by, daripada, berdasarkan: ~ what we heard last night, the war is nearly over, daripada apa yg kami dengar malam tadi, perang hampir tamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outl. (expressing proportion) daripada: he got six ~ of ten for his essay, dia mendapat enam daripada sepuluh markah utk karangannya; nine ~ of ten people would agree with you, sembilan daripada sepuluh orang akan bersetuju dgn kamu; m. from among, antara: ~ of those present, he was the only one to argue, antara yg hadir, dia seorang sahaja yg mengemukakan hujah; n. (indic similarity between st and st else in particular a film, book, etc) dalam: she looked like a character ~ of the Arabian Nights, dia mirip watak dalam cerita Seribu Satu Malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outh. (indic that which so. gets from st) daripada, dengan: what do you get ~ of it?, apa yg kamu peroleh daripada melakukan perkara itu?; he seems to get a lot of pleasure ~ of making others miserable, dia nampaknya mendapat keseronokan dengan membuat orang lain dukacita; i. not having, kehabisan: we’re nearly ~ of rice, kita hampir kehabisan beras; j. (indic source) daripada: flour is made ~ of wheat, tepung dibuat daripada gandum; she wore a dress made ~ of old curtains, dia memakai baju yg dibuat daripada langsir lama;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
from3. (indic material out of which st is made) daripada: custard is made ~ eggs and milk, kastard dibuat daripada telur dan susu; paper is made ~ wood pulp, kertas dibuat daripada kayu palpa; 4. (indic point or position from which st is seen) dari: they could see the sea ~ the top of the hill, mereka dapat melihat laut dari atas bukit itu; ~ his point of view, the action was reasonable, dari sudut pandangannya, tindakan itu adalah berpatutan; it is difficult to tell ~ the air how much damage has been done, sukar utk menentukan dari udara berapa besar kerosakan yg telah berlaku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
from7. (indic one of two extremes) daripada: the shoes are priced ~ $100 to $300, kasut-kasut itu berharga daripada $100 hingga $300; he approved all the opposition’s demands, ~ the holding of a referendum to economic reforms, dia meluluskan semua tuntutan pihak pembangkang, daripada mengadakan pungutan suara hingga ke perubahan ekonomi; 8. (indic reason, cause) kerana, sebab, akibat: he did it ~ revenge, dia melakukannya kerana membalas dendam; she was exhausted ~ the walk, dia keletihan kerana berjalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ofhalf ~ the herd died of foot-and-mouth disease, setengah daripada kawanan lembu itu mati akibat penyakit kuku dan mulut; one ~ his plays will be staged at the Town Hall tonight, salah satu daripada dramanya akan dipentaskan di Dewan Bandaran malam ini; two ~ the four have had measles, dua daripada budak-budak itu pernah kena demam campak; the first ~ a series of lectures, kuliah pertama daripada siri kuliah tersebut; the older ~ the two, yg lebih tua antara mereka berdua; much ~ the land is under water, sebahagian besar tanah itu ditenggelami air; most ~ what you’ve heard is untrue, kebanyakan cerita yg kamu dengar tdk benar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thanprep daripada: I’m older ~ her, saya lebih tua daripadanya; they were more annoyed ~ worried about her, mereka lebih berasa marah kepadanya daripada runsing ttg dia; he drove at more ~ 70 kph, dia memandu pd kelajuan lebih dariKamus Inggeris-Melayu Dewan
thanconj 1. (linking two parts of a comparison) daripada: she told her friend more ~ she needed to know, dia memberitahu kawannya lebih daripada yg kawannya perlu tahu; the company’s profits are higher this year ~ they were in pKamus Inggeris-Melayu Dewan
than3. (used for introducing the less acceptable choice in statements of what one wants to do) daripada: I would rather go swimming ~ play netball, saya lebih suka pergi berenang daripada bermain bola jaring;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
in21. (indic means, method, medium, material, etc used) dengan; (of st carved, cast) daripada: please write your answers ~ ink, tolong tulis jawapan anda dengan dakwat; the dress was wrapped ~ tissue, baju itu dibungkus dengan kertas nipis; he paints ~ oil, dia melukis dengan cat minyak; printed ~ red and gold, dicetak dengan warna merah dan warna emas; a statue cast ~ bronze, patung yg dibuat daripada gangsa; ~ writing, secara bertulis, dlm bentuk tulisan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas