Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, per­bezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan ter­ke­mudian ini lebih menarik ~ yg di­sedia­kan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan se­waktu menyatakan sesuatu perubahan (per­kembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): memper­tahankan diri ~ serangan musuh; men­jauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (me­nunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut diper­salahkan; masjid itu dibina ~ desakan pen­duduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan se­suatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ri.pa.da] | درڤد

Definisi : 1 kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. 2 kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. 3 kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. 4 kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. 5 kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. 6 kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daripada

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(204)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
composite gneissgneis kompositGeologiTiadaGneis yang terdiri daripada bahan daripada sekurang-kurangnya dua fasa yang berbeza.
paper-makingperusahaan kertasGeografiTiadaProses membuat kertas daripada bahan mentah yang diperolehi daripada palpa kayu atau daripada rumput tertentu seperti esparto dan papyrus.
megaripplemegariakGeologiTiadaGelombang pasir yang besar atau featur bak riak yang mempunyai panjang gelombang lebih daripada 1 m atau ketinggian riak lebih daripada 10 sm, terdiri daripada pasir, dan terbentuk dalam persekitaran subakua.
atomic spectrumspektrum atomFizikTiadaSpektrum sinaran daripada atom yang terhasil daripada perubahan dalaman.
pelagic depositmendapan pelagikGeografiTiadaEndapan laut dalam yang tidak dipengaruhi oleh bahan daripada dataran dan terbentuk daripada sisa-sisa organisma marin pelagik seperti ooz dan lempung merah.
polderpolderGeografiTiadaIstilah Belanda bagi kawasan pinggir laut yang datar yang ditebus guna daripada laut dan dilindung daripada pembanjiran dengan membina tebing-tebing.
polderpolderGeologiTiadaIstilah Belanda bagi kawasan pinggir laut yang datar yang ditebus guna daripada laut dan dilindung daripada pembanjiran dengan membina tebing-tebing.
fine aggregatebatu baur halusKejuruteraanTiadayang digunakan dalam konkrit, yang mempunyai saiz kurang daripada 5 mm, terdiri daripada pasir sungai atau pasir kuari.
hydrodynamic dispersionpenyerakan hidrodinamikGeografiTiadaPenyerakan suatu bahan larut dalam aliran melalui medium berliang hasil daripada resapan molekul dan daripada ketidakhomogenan halaju mikroskopik.
polygeneticpoligenetikGeologiTiada1. Dihasilkan dari lebih daripada satu proses pembentukan, berasal dari lebih daripada satu punca, atau terbentuk di tempat dan pada masa yang berbeza. 2. Terdiri lebih daripada satu jenis mineral, atau mempunyai komposisi heterogen.
12345678910...

Kembali ke atas