Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dar.jat] | درجت

Definisi : 1. tingkatan atau taraf kedudukan dlm masyarakat (sebagaimana yg biasanya di­tentukan atau dipengaruhi oleh asal ke­turunan, kekayaan dll), tingkatan kedudukan (dlm pengertian yg luas), martabat: ayahnya masih tetap mempertahankan ~ ke­turun­annya; 2. ark taraf (besar kecilnya dll), darjah, tingkatan: denda yg dikenakan adalah mengikut ~ atau takrif kesalahan yg di­lakukan; 3. Id darjah: sekolah yg sama ~nya dgn S.M.A; 4. Id unit ukuran (sudut, suhu): sudut 45 ~; 15 ~ C; 5. Id gelaran kpd pelajar yg lulus dlm peperiksaan peringkat universiti; sedarjat sama parasnya atau tingkatannya dsb (bkn pangkat, kedudukan, keturunan, dll) sama darjatnya, setaraf; berdarjat 1. berkedudukan atau bertaraf tinggi (dlm masyarakat), berpangkat: katanya ia cinta padaku, tetapi apabila datang orang yg ~, aku diterajangnya; 2. = ber­darjat-darjat mempunyai (beberapa) darjat atau lapisan, bertaraf(-taraf), bertingkat(-tingkat): masyarakat yg masih ~-darjat; mendarjatkan 1. menjadikan berdarjat (bertaraf, berkedudukan); 2. membaikkan (menaikkan) mutu atau keadaan; ~ baka membaikkan mutu baka; menyedarjatkan menjadikan sama darjat­nya, menyamakan darjatnya (ting­katannya, kedudukannya), menyetarafkan; pendarjatan perbuatan mewujudkan darjat (dlm sesebuah institusi dll): sistem ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dar.jat] | درجت

Definisi : 1 tingkatan pd pangkat (keturunan, kedudukan dll): Dia menduduki ~ yg tinggi dlm masyarakat Melayu. 2 taraf besar kecilnya; tingkatan: Tiap-tiap denda itu dipadankan dgn ~ kesalahan seseorang. berdarjat 1 berkedudukan (berketurunan, berkelulusan) tinggi; berpangkat. 2 ada darjatnya: satu masyarakat yg ~-darjat. sedarjat sama pangkat (kedudukan, keturunan dll); setaraf. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darjat

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lignitelignitKejuruteraanPetroleumBatu arang darjat rendah, iaitu antara darjat gambut dengan darjat batu arang. Ia wujud secara semula jadi dalam bentuk lapisan-lapisan batuan dan selalunya pada kedalaman yang cetek (diukur dari permukaan bumi). Jika dibandingkan dengan batu arang darjat tinggi, biasanya ia secara relatif berusia lebih muda.
coal rankdarjat batu arangKejuruteraanPetroleumMutu batu arang dari segi nilainya sebagai bahan api. Ini berkaitan dengan darjat pembatuarangan yang telah dialami oleh batu arang yang berkenaan. Dari darjad rendah ke darjat tinggi pembatuarangan menghasilkan gambut, lignit, batu arang bitumen dan natrasit.
coal rankdarjat batu arangGeologiTiada1. Klasifikasi berdasarkan darjah metamorfisme atau perubahan progresif.,2. Darjah kematangan zat batu arang.
coal rankdarjat batu arangKejuruteraanTiadaTiada
comparative degreedarjat perbandinganLinguistikTiadaTiada
fourth estatedarjat wartawanKomunikasiTiadaTiada
degreedarjah; darjatKomunikasi MassaTiadaTiada
degreedarjah; darjatLinguistikTiadaTiada
degreedarjah; darjatTeknologi MaklumatTiada1. Darjah: Bilangan entiti yang terlibat dalam sesuatu perhubungan dalam gambar rajah hubungan entiti.
rank varietyvarieti darjatGeologiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas