Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ru.rat]/[da.ru.rat] | ضرورة

Definisi : 1. keadaan yg mencemaskan atau menyusahkan (biasanya yg berlaku dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka), ke­sukaran yg timbul dgn tidak disangka-sangka (spt bahaya, kekurangan makanan, dll): dlm keadaan ~ begini barulah orang ramai ingat akan Tuhan; 2. keadaan yg serba sulit (huru-hara, tidak aman, dsb) yg disebabkan oleh ancaman musuh (peperangan dll): ketika ~ di Malaya diisytiharkan, ayah saya bertugas sbg anggota polis di sebuah bandar yg terpencil; undang-undang ~ undang-undang yg digubal dan dikuatkuasakan dlm masa darurat; mendaruratkan 1. menjadikan darurat; 2. memaksa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ru.rat]/[da.ru.rat] | ضرورة

Definisi : 1 keadaan susah yg datang dgn tidak disangka-sangka; keadaan yg menyusahkan: Ketika berlaku ~ begini, barulah orang teringat akan Tuhan. 2 keadaan yg serba sulit kerana peperangan dll: undang-undang ~ undang-undang yg dibuat dan dijalankan pd masa darurat. mendaruratkan menyebabkan (menimbulkan) darurat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darurat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DARURAT (1948-1960)

Darurat (1948-1960), keadaan tidak aman yang tercetus akibat konflik antara kerajaan Inggeris di Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan pergerakan anti-penjajah yang lain.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DARURAT

DARURAT (1948-1960), keadaan tidak aman yang diisytiharkan di Tanah Melayu setelah percubaan komunis menumbangkan pemerintahan British. Undang-undang mengisytiharkan Darurat di Tanah Melayu dibuat oleh kerajaan, iaitu selepas tiga orang Eropah dibunuh di Sungai Siput, Perak pada pertengahan bulan Jun 1948. Pada 18 Jun 1948, Ordinan Darurat telah dikuatkuasakan di Perak dan seterusnya di seluruh negara. Sementara itu, kejadian seperti rusuhan, pembakaran dan pembunuhan, terutamanya di estet, telah berlaku lebih awal. Strategi komunis ternyata telah melumpuhkan ekonomi negara.

   

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
MAGERAN

MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan

semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja

pentadbiran awam, tentera dan polis bagi

mengembalikan keamanan negara. MAGERAN

ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini

ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan

yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada

16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai

pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri

daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden

MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku

Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan

Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail.

UMUM 
AUSTRALIA, ANGKATAN BERSENJATA

Australia, Angkatan bersenjata adalah kecil

tetapi maju dalam teknologi. Perancangan untuk

perkembangannya didasarkan pada pengekalan

angkatan yang akan memberi khidmat kepada

keperluan semasa dan darurat.

UMUM 
RELA

RELA, pertubuhan awam sukarelawan. RELA ialah singkatan Ikatan Relawan Rakayat. RELA ditubuhkan pada 11 Januari 1972 di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu), 1964. RELA diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Peranan utamanya adalah sebagai ‘mata dan telinga’ kerajaan serta membantu pasukan keselamatan menentang musuh negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BRIGGS, HAROLD ROWDAN

Briggs, Harold Rawdon (? - ?) ialah Pengarah Operasi Tentera British dalam membanteras pengganas  komunis semasa zaman Darurat di Persekutuan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
HARI PAHLAWAN

Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960).

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANPerayaan/Upacara
SENOI PRAAQ

SENOI PRAAQ, satu pasukan bantuan dalam Pasukan Polis Hutan (PPH).  Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1956 untuk  menghadapi ancaman komunis terhadap masyarakat Orang Asli.  Senoi Praaq bermakna Orang Perang atau Orang lawan Orang Asli.  Sejarah penubuhan pasukan ini bermula pada masa Darurat (1948-1960), ketika komunis menghasut masyarakat Orang Asli supaya menyertai perjuangan mereka menentang kerajaan.  Pengganas komunis telah memperalatkan Orang Asli untuk mendapatkan bekalan makanan dan memberikan maklumat tentang pergerakan pasukan keselamatan.  Untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asli, pihak British menubuhkan satu unit Praaq pada bulan Mei 1956.  Pasukan tersebut diketuai oleh Lt. Kol. R.O.D. Noore, penasihat Orang Asli di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).  Pasukan ini diberi latihan senjata api dan taktik berperang oleh Rejimen 22, Special Air Service (SAS).  Kumpulan pertama pasukan ini terdiri daripada 40 orang yang dibahagikan kepada empat seksyen, iaitu 10 orang setiap seksyen.  Sebahagian besar anggota terdiri daripada bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) yang kembali menyokong kerajaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas