Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.sar] | داسر

Definisi : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.sar] | داسر

Definisi : 1 bahagian yg di bawah sekali (bkn laut, sungai, botol, kuali dll): Air sungai itu sangat jernih hingga nampak ~nya. 2 asas; panduan (pendapat, falsafah, aturan dll): ~ kerajaan ialah meninggikan taraf ekonomi rakyat Malaysia. ~ Ekonomi Baru dasar yg membuka jalan ke arah penyelesaian masalah ekonomi yg tidak seimbang. 3 lantai: ~ rumah itu dibuat drpd simen. 4 lapisan yg di bawah sekali (pd gambar dll): latar: ~ gambar itu berwarna biru muda. 5 bp memang begitu (perangainya, sifatnya dsb): ~ hidung belang, di mana pun, dia suka mengganggu perempuan. berdasar 1 mempunyai dasar: Selendang itu ~ warna merah jambu. 2 bersandar; berasas: Aduan-aduan itu ~ pd bukti yg nyata. berdasarkan berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku. mendasarkan memakai sbg dasar: Kekuatan sesebuah negeri itu biasanya didasarkan pd kekuatan tenteranya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dasar


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
slow these policies are designed to ~ down the rate of inflation, dasar-dasar ini bertujuan utk melambatkan kadar inflasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
espousevt (fml) mendukung, menyokong: the policies ~d by the organization, dasar-dasar yg didukung oleh pertubuhan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
open8. susceptible to, unprotected, terbuka, terdedah: such policies are ~ to criticism, dasar-dasar spt itu terbuka kpd kritikan; the city is only ~ to attack from the north, bandar itu hanya terbuka kpd serangan dr utara; be ~ to /misinterpretation, misunderstanding, question, etc/, boleh /disalahtafsirkan, disalahfahamkan, dipersoalkan/: careless remarks that are ~ to misinterpretation, kata-kata yg kurang hati-hati yg boleh disalahtafsirkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrapkeep st under ~s, merahsiakan: their policies were kept under ~s until the campaign started, dasar-dasar mereka dirahsiakan sehingga kempen itu bermula; take the ~s off, membuka rahsia ttg: the Prime Minister took the ~s off the new plan at a press conference, Perdana Menteri membuka rahsia ttg rancangan baru itu dlm suatu sidang akhbar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
under15. be subjected to, menghadapi, mengalami: our policies are ~ attack from all sides, dasar-dasar kami menghadapi serangan drpd semua pihak; they live ~ constant threat of famine and poverty, mereka hidup dgn sentiasa menghadapi ancaman kebuluran dan kemiskinan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
colonialadj 1. of, rel to colony or colonies, penjajah, kolonial: ~ policies, dasar-dasar penjajah; 2. (of architecture, furniture, house, etc) kolonial;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obstructiveadj tending to impede, menghalang; (of person, behaviour) suka menghalang: ~ tactics, taktik yang menghalang; these policies are ~ to progress, dasar-dasar ini menghalang kemajuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
movec. change o’s idea, opinion etc, mengubah, menukar: the government has ~d away from certain policies in recent years, kerajaan itu telah menukar dasar-dasar tertentu dlm tahun-tahun kebelakangan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
estimationn 1. opinion, pendapat, pandangan, anggapan: such policies, in my ~, will only widen the gap between the management and the union, pd pendapat saya, dasar-dasar spt itu hanya akan meluaskan jurang antara pihak pengurusan dgn kesatuan sekerja; 2. approximate calculation, anggaran: an ~ of the number of man hours it will take to complete the job, anggaran jumlah jam manusia yg akan digunakan utk menyelesaikan kerja itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bear2~ /on, upon/, a. influence, affect, mempengaruhi: it is not known how the incident will ~ on future policies, tdk diketahui bagaimana peristiwa tersebut akan mempengaruhi dasar-dasar pd masa hadapan; b. apply, relate to, /berkaitan, berhubungan, bertalian/ dgn: that question does not ~ on the subject under discussion, pertanyaan itu tdk berkaitan dgn perkara yg sedang dibincangkan; ~ /hard, severely/ /on, upon/, membebani: inflation ~s severely on us all, inflasi membebani kita semua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas