Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
politico-commercial (structure)politik perdagangan (struktur)SejarahTiadaStruktur dalam pentadbiran yang memperlihatkan pengaruh politik dalam penentuan dasar pandangan negara.
adversary partypihak lawanSains PolitikTiadaPihak yang mempunyai pendirian, pandangan atau dasar yang bertentangan.
international affairshal ehwal antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerkara, urusan atau hubungan yang berlaku antara sebuah negara dengan negara yang lain. Hal ehwal merupakan elemen utama dalam aturan undang-undang antarabangsa. Contohnya, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa serta memberi nasihat dan pandangan undang-undang kepada kerajaan Malaysia mengikut undangundang dan prinsip-prinsip antarabangsa dengan mengambil kira undang-undang dan dasar-dasar negara serta kepentingan awam. Selain itu, bahagian tersebut juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa obligasi antarabangsa Malaysia di bawah mana-mana perjanjian, triti dan konvensyen yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang, peraturanperaturan dan dasar-dasar negara.
public opinionpendapat awamPentadbiranPentadbiran Awam

Pandangan, idea, buah fikiran, sikap, kepercayaan dan persepsi individu dalam masyarakat yang diperoleh melalui media dan pungutan suara dari satu segmen masyarakat yang boleh mewakili pendapat umum terhadap sesuatu isu. Pandangan yang datang daripada masyarakat umum ini biasanya berkaitan dengan sesuatu isu atau masalah yang berlaku di persekitaran mereka, dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah dan perkembangan yang berlaku di luar negara. Antara saluran utama pendapat awam ialah agensi pungutan suara, akhbar, forum perbincangan, seminar, konvensyen, internet dan telefon.

mass opinionpendapat massaSains PolitikPolitik PerbandinganPandangan dan persepsi orang ramai dalam masyarakat yang digambarkan melalui tindakan dan suara mereka sama ada melalui akhbar, bantahan atau diperoleh melalui pungutan suara. Pendapat massa ini menggambarkan pendapat dan kehendak masyarakat tersebut dan boleh berubah mengikut masa dan isu tertentu yang menjadi perhatian orang ramai. Walau bagaimanapun pendapat massa ini tidak semestinya dapat mempengaruhi keputusan politik, ia bergantung juga kepada kekuatan dan dasar kerajaan. Contohnya, pendapat massa yang menentang campur tangan dan penglibatan tentera Amerika Syarikat di Iraq pada tahun 2003, tidak dipedulikan oleh kerajaan penceroboh tersebut.
BolshevismBolshevismeSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul hasil persidangan kaum sosialis Rusia yang diadakan di London pada bulan Julai 1903. Persidangan ini bertujuan untuk menentukan kedudukan dasar dan Parti Sosial Demokrat pimpinan Lenin. Persidangan ini dihadiri oleh perwakilan sayap kiri yang radikal pimpinan Lenin dan sayap kanan yang sederhana pimpinan Martoff. Penyokong Lenin menuntut agar pucuk pimpinan parti diberi kuasa yang luas, manakala pihak berhaluan sederhana menuntut agar pimpinan parti turut mengambil pertimbangan pandangan majoriti ahli parti. Dalam pungutan suara yang diadakan bagi menentukan pendirian parti, penyokong Lenin telah mengatasi puak haluan sederhana.
direct democracydemokrasi langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan rakyat secara langsung dalam proses politik. Sistem ini wujud pada zaman negara kota Athens, Greek dahulu. Dalam sistem ini, rakyat terlibat sendiri dalam proses penggubalan undang-undang, dasar dan keputusan politik. Mereka turut hadir dalam perbincangan mengenai pentadbiran negaranya. lni bermakna, rakyat tidak mewakilkan kepada mana-mana perwakilan atau wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan dan suara mereka. Demokrasi ini sesuai diamalkan dalam sebuah masyarakat bersaiz kecil seperti negara kota. Kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan kerana saiz negara dan masyarakat yang sangat besar dan kompleks.
plenary sessionsidang penuhKomunikasiKorporatSesi perbincangan utama yang dihadiri oleh semua peserta atau ahli sidang yang bergabung daripada sesi perbincangan kecil yang diadakan sebelumnya bagi membuat ketetapan bersama. Sesi ini boleh dilakukan dalam sesi bengkel berdasarkan subtema yang dipilih, yang diadakan semasa sesuatu persidangan, perhimpunan, seminar, simposium, sidang kemuncak, dan konvensyen. Dalam acara ini, biasanya terdapat tema yang berkaitan dan utama, serta mempunyai kepentingan dan implikasi kepada isu yang dibincangkan. Hasil keputusan dan rumusan bengkel dibawa ke sidang penuh bagi mendapatkan ketetapan akhir. Fungsi sidang penuh adalah untuk: (i) Menyelaraskan keputusan yang dicapai daripada perbincangan kumpulan bengkel. (ii) Mendapatkan kesepakatan dalam isu utama yang berkaitan dengan tema. (iii) Mengenal pasti isu yang perlu diberi keutamaan. (iv) Memberikan ruang yang seimbang kepada peserta untuk mengemukakan pandangan dan cadangan sebelum keputusan akhir dilaksanakan sebagai satu kaedah pembuatan keputusan demokratik.. Hasil sidang penuh akan dijadikan asas kepada pembentukan sesuatu dasar, pelaksanaan sesuatu perancangan projek, pembuatan keputusan untuk meredakan isu dan penyelesaian konflik, rujukan untuk tindakan dan penyataan rasmi, serta sokongan kepada pembentukan sikap, kepercayaan dan tingkah laku yang boleh memberikan faedah bersama. Sinonim sidang pleno.

Kembali ke atas