Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang ke dalam

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(79)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
venous blooddarah venaBiologiFisiologiDarah yang datang dari seluruh badan dan kembali ke dalam jantung melalui vena. Darah tersebut banyak mengandungi karbon dioksida dan sedikit oksigen jika dibandingkan dengan darah yang keluar dari jantung ke seluruh badan.
binural soundbunyi binuralFizikAkustikBunyi yang dihasilkan oleh sistem pengeluaran semula yang mempunyai dua daluran, dan bunyi dari setiap saluran itu disuapkan ke dalam fon telinga atau pembesar suara berlainan, sehingga terdengar bunyi yang datang dari arah asal.
puritanismpuritanismeKesusasteraanTiadaPegangan agama Kristian yang menekankan ketegasan dan kepatuhan dalam hal moral dan agama. Pada awalnya, puritanisme merujuk kepada prinsip dan cara hidup kumpulan Puritan, iaitu kumpulan orang Protestan di England. Pada abad ke-16, kumpulan ini menuntut reformasi dalam doktrin dan upacara sembahyang. Pada abad ke-17, puritanisme menjadi pegangan sebuah parti politik yang mempunyai kuasa besar. Kumpulan ini menaiki kapal Mayflower untuk datang ke Dunia Baharu, iaitu Amerika. Mereka bercita-cita mendirikan kerajaan berdasarkan sistem keagamaan yang dianggap tulen. Pemikiran puritanisme ini mempengaruhi pengarang awal di Amerika.
YankeeYankeeSains PolitikPolitik PerbandinganGelaran kepada orang Amerika Syarikat oleh orang luar. Dalam negara Amerika Syarikat sendiri, gelaran ini dirujuk kepada penduduk timur laut negara tersebut iaitu di sekitar New England. Nama ini diberi oleh penduduk Perancis yang datang awal ke kawasan tersebut kepada pendatang Inggeris yang tiba kemudian. Walau bagaimanapun, gelaran yankee kini lebih banyak merujuk kepada semua penduduk Amerika Syarikat dari New England tanpa mengira asal keturunannya.
duststormribut debuMeteorologiMeteorologi PerhubunganKeadaan cuaca buruk yang dicirikan oleh angin kuat serta berdebu dan meliputi kawasan yang luas. Ribut debu datang dengan tiba-tiba dalam bentuk tembok debu yang mara ke hadapan, panjangnya mencapai beberapa kilometer, tingginya mencapai beberapa ribu meter, dan ketampakan mendatarnya kurang daripada 1000 meter. Udara di hadapan ribut debu sangat panas, berangin silir, dan mungkin terdapat beberapa pusar debu yang terpisah atau tercantum dengan jisim utama.
control abstractionpengabstrakan kawalanTeknologi MaklumatPerisianSalah satu ciri penting dalam pengabstrakan terutamanya yang melibatkan penggunaan bahasa pengaturcaraan. Contohnya, ungkapan seperti yang berikut: a: =(1+2)*5 Hasil operasi memberi nilai 15 kepada pemboleh ubah ’a’ supaya ’a’ tersebut dapat digunakan pada masa akan datang, melibatkan langkah-langkah yang tidak kelihatan seperti mencari label pemboleh ubah dan lokasi dalam ingatan fizikal atau dalam ingatan maya, menyimpan perwakilan perduaan bagi ’15’ ke dalam lokasi ingatan dan sebagainya. Tanpa pengabstrakan kawalan, pengatur cara perlu menentukan setiap daftar atau langkah-langkah yang perlu dilalui untuk melakukan operasi hasil tambah atau hasil darab beberapa angka dan menumpukkan hasilnya kepada satu pemboleh ubah. Pengulangan operasi ini memberi dua kesan yang negatif, iaitu: i. Pengatur cara terpaksa mengulang tugas yang sama setiap kali operasi ini diperlukan. ii. Pengatur cara terpaksa mereka bentuk atur cara bagi perkakasan tertentu dan set perintah tertentu.
conventional coreteras lazimKejuruteraanPetroleumSampel formasi/batuan dalam bentuk silinder yang berukuran diameter 10 sm ke 16 sm yang didapatkan menerusi penggerudian berputar. Sampel ini disimpan secara kekal bagi tujuan rujukan atau kajian pada masa-masa akan datang.
erosionhakisanPergigianTiadaKehilangan struktur gigi akibat tindak balas bahan berasid seperti minuman berjus atau berkarbonat. Bahan berasid ini jika dibiarkan lama di dalam mulut akan menghakis struktur gigi. Biasanya struktur gigi yang hilang ialah di kawasan labial atau bukal dan lingual atau palatal. Permukaan yang terhakis biasanya licin dan gigi akan terasa sensitif apabila hakisan bertambah. Kejadian hakisan ini juga boleh berlaku kepada pesakit-pesakit anoreksia nervosa atau bulimia. Dalam kedua-dua kes ini punca asid datang daripada jus gastrik yang dikeluarkan kembali ke dalam mulut. Hakisan yang berlaku dalam kes ini biasanya di bahagian lingual gigi bawah atau palatal gigi atas.
collophonkolofonKesusasteraanTiadaMaklumat pada bahagian akhir sesebuah manuskrip bertulis tangan atau bercetak yang mencatatkan nama pengarang, tajuk karya, tarikh diterbitkan, dan nama pencetak. Dalam konteks penulisan moden, kolofon biasanya terdapat pada bahagian awal buku, mencatakan nama penerbit, tempat terbit, tanda dagangan, jenis kertas, jenis huruf, dan sebagainya. Dalam tradisi penulisan manuskrip lama, kolofon merupakan salah satu bahagian yang sangat penting untuk diketahui oleh pembaca. Pada bahagian tersebut, pembaca akan mengetahui nama pengarang, penyalin manuskrip, tarikh dan tempat manuskrip ditulis atau disalin. Maklumat yang diperoleh menjadi panduan kepada pembaca atau pengkaji untuk mengetahui sejarah dan latar belakang manuskrip berkenaan. Manuskrip yang tidak mempunyai kolofon akan memberikan pelbagai masalah kepada pembaca atau pengkaji untuk menentukan kedudukan manuskrip berkenaan. Contohnya, dablah Hikayat Raja Pasai (Russell Jones, 1987), terdapat kolofon seperti yang berikut: �Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang mendengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wa taala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat shafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wassalam. Tamat hari Isnin, kepada hari, Dua puluh sa, kepada bulan, Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230, Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapupu nagari Demak nagari Bagor , warsa 1742.�
regenerative repeaterpengulang jana semulaKejuruteraanTiada1. Pengulang yang menjana semula denyut untuk memulihkan rupa bentuk asal.,2. Pengulang dalam kegunaan telegraf, untuk memasakan semula dan menghantar semula dedenyut-dedenyut isyarat yang diterima, yang telah dipulihkan ke kekuatan asalnya.,3. Litar yang mensampel denyut-denyut yang datang dan menghantarnya semula dengan pemasaan yang sempurna dan tanpa herotan.
12

Kembali ke atas