Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kotor (adjektif)
1. Bersinonim dengan cemar
Berantonim dengan bersih

2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
datang(melihat, membawa, mendapat) bulanmendapat kain kotor, datang kotor, haid;Kamus Dewan Edisi Keempat
darah haiddarah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan).Kamus Pelajar Edisi Kedua
haid1 = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2 turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (biasanya bermula ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bulan I1. satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pd waktu malam oleh cahaya yg dibalikkan dr matahari: ~ bercahaya pd malam hari; kapal angkasa Rusia sudah berhasil mendarat di ~; 2. masa antara mula nampak bulan sehingga hilang balik (29 atau 30 hari): ~ Muharam ialah ~ pertama tahun Islam; 3. masa yg lamanya tahun Masihi (pd 12 bulan dlm setahun): saya akan ke Singapura dlm ~ Ogos; ~ adik maulud Rabiulakhir; ~ apit = ~ berapit = ~ terapit Zulkaedah; ~ arwah Syaaban; ~ bahasa bulan (yg tertentu atau yg ditetapkan) yg pd sepanjang tempohnya berbagai-bagai kegiatan kebahasaan dijalankan; ~ bintang gambar bulan dan bintang sbg lambang beberapa negara Islam (biasanya lambang ini terdapat pd bendera); ~ datang = ~ muka bulan selepas bulan ini; ~ gerhana (kapangan, dimakan Rahu) tidak tampak bulan kerana berada dlm bayangan bumi; ~ haji Zulhijah; ~ kenduri apam Rejab; ~ madu masa pengantin baru menikmati perkahwinannya dgn berpergian ke tempat lain; ~ mati bulan gelap; ~ maulud Rabiulawal; ~ muda bulan (yg tampak) antara 1 hingga 10hb; ~ nahas Safar; ~ purnama bulan penuh (14 hingga 15hb); ~ puasa Ramadan; ~ raya Syawal; ~ sabit bulan yg nampak spt sabit; B~ Sabit Merah pertubuhan sukarela antarabangsa di negaranegara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; ~ sura (api, Hasan-Hussain, takut, penceraian tahun) Muharam; ~ susut (tua, surut) bulan yg nampak bertambah kecil (sesudah 20hb); ~ timbul bulan terbit; datang (melihat, membawa, mendapat) ~ mendapat kain kotor, datang kotor, haid; ~ dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok; bagai ~ empat belas prb peri keelokan muka perempuan; (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang); jirus bagai ~ akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll); spt ~ dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll); spt ~ dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya; (spt) kejatuhan ~ prb menyatakan keuntungan yg besar; siang bagai hari, terang bagai ~ prb sudah terang sekali (kesalahan dll); bulan-bulan, bulan-bulanan 1. benda (gambar dll) yg spt bulan; 2. sasaran (utk menembak dll); berbulan 1. mempunyai bulan; 2. hingga sebulan (lamanya): pekerjaan ini dilakukan hingga ~; 3. = bulanan: gaji pekerja dihitung ~, dan bukan berminggu;berbulan-bulan hingga beberapa bulan (lamanya): telah ~ hal itu berlaku;membulan merupakan bulan, tampak spt bulan;bulanan (berlaku atau diadakan) setiap bulan: gaji ~; penyata ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kotor1. tidak bersih, tidak jernih, cemar: mencuci pakaian ~; longkang yg ~ airnya; (mendapat) kain ~ datang haid; ~ bolor sangat kotor; 2. ki lucah (bkn perkataan), keji, tidak baik (bkn perkataan, perbuatan), tidak senonoh: alangkah ~nya kata-kata yg dikeluarkannya; ~ mulut = mulut ~ mulut lucah (suka bercakap perkara-perkara yg tidak senonoh); ~ namanya cemar namanya; penyakit ~ penyakit perempuan, sifilis; perbuatan ~ perbuatan jahat (tidak baik); 3. Id kasar, tidak bersih, bruto: pendapatan (keuntungan dll) ~; ~ dicuci, berabu dicentik (dijentik) prb segala yg tidak baik hendaklah dilupakan; mengotori menyebabkan kotor pd: bekas kasut yg ~ lantai; mengotorkan 1. menyebabkan menjadi kotor (tidak bersih), membuat menjadi kotor: dia dimarahi kerana ~ rumah; 2. mencemar­kan (nama baik), menodai, memburukkan: dunia sebenarnya suci tetapi manusia yg mengisi seluruhnyalah yg ~nya; engkau bukan mendatangkan nama baik tetapi ~ nama baik keluargamu; terkotori telah dikotori: tubuh tidak ~ oleh nafsu syahwat badani; kotoran barang apa yg kotor (spt najis, sampah, dll), benda kotor, sesuatu (spt tanda dsb) yg kotor yg melekat pd pakaian dll: air yg mengandungi habuk dan ~ hendaklah dimasak; apa-apa ~ yg ada pd luka itu hendaklah dibersihkan dahulu; kekotoran perihal kotor (tidak bersih), ke­burukan, kecemaran, kekejian: ~ udara boleh menyebabkan penyakit; buku tersebut mengandungi peristiwa-peristiwa yg menggambarkan ~ moral; pengotoran perihal mengotori atau mengotor­kan; pengotor (orang yg) tidak menghiraukan kebersihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
haid1. = darah ~ darah yg turun (keluar) tiap-tiap bulan dr rahim perempuan yg sudah baligh. 2. turun (keluar) darah haid; mendapat kain kotor; datang bulan (bagi orang perempuan). putus ~ (sudah) tidak datang bulan atau tidak ada haid lagi (ketika berumur antara 45 dgn 50 tahun).Kamus Pelajar
(mendapat) kain kotordatang haid;Kamus Dewan Edisi Keempat
haid1. = darah ~ darah kotor yg turun setiap bulan (biasanya berselang 28 hari) drpd rahim perempuan yg sudah baligh; 2. turun darah haid, datang bulan, mendapat kain kotor; mati ~ Id = putus ~ sudah tidak datang bulan lagi (bkn perempuan yg dlm lingkungan umur 50 tahun ke atas).Kamus Dewan Edisi Keempat
(mendapat) kain kotor (cemar)datang haid;Kamus Dewan Edisi Keempat
kerumun; berkerumun berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; mengerumuni datang beramai-ramai (ba­nyak-banyak) mengelilingi seseorang atau se­suatu, mengerubungi: setibanya di rumah, dia dikerumuni anak-anaknya; semut ~ gula; mengerumunkan = memperkerumunkan ark mengerumuni: maka dikerumunkanlah oleh perahu-perahu Siak itu; kerumunan kumpulan orang yg berkeru­mun: dlm beberapa saat itu, aku hilang dlm ~ mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas