Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ta.ran] | داترن

Definisi : 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ta.ran] | داترن

Definisi : kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dataran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung.Makna09.05.2019
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan.Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.Makna09.05.2019
Apakah ejaan yang betul bagi sebahagian jalan dari jalan utama: PERSIARAN atau PESIARAN? Contoh - Persiaran Dataran Ipoh atau Pesiaran Dataran Ipoh.Ejaan yang betul ialah persiaran/Persiaran Dataran Ipoh.Lain-lain05.11.2010
Gabungkan ayat tunggal. 1)Mizi hendak ke Dataran Merdeka. Mizi tiada teman.(tetapi) JAWAPAN:a)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman. b)Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi (dia) tiada teman. ADAKAH KEDUA-DUA JAWAPAN BOLEH DITERIMA?? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mizi hendak ke Dataran Merdeka tetapi tiada teman".Tatabahasa22.07.2014
maksud dataran dan maksud orang ramai.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan dataran bermaksud kawasan(tempat,tanah) yang datar. Maksud orang ramai ialah khalayak ramai, orang banyak,umum.   Makna25.07.2008
Penggunaan Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Bolehkan digunakan untuk menunjukkan sesuatu lokasi?Frasa "Taman Awam Dataran Pinggiran Sungai Kerian" untuk menamakan tempat boleh digunakan.Tatabahasa18.03.2013
Satu majlis meraikan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka. bolehkah munsyi jelaskan antara perbezaan suatu majlis dengan satu majlis berdasarkan ayat di atas. Jawaban dalam buku rujukan; suatu majlis. TK banyak munsyiSuatu digunakan untuk bilangan tak tentu dan satu untuk bilangan tentu sama seperti satu, dua dan tiga. Ayat tersebut sepatutnya berbunyi Sambutan ulang tahun kemerdekaan akan diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka.Tatabahasa03.07.2012
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang’ Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai’ itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih.Maksud perkataan lanai ialah dataran.Lain-lain15.03.2018
Ketika melintasi kompleks Bank Negara di Kuala Lumpur, saya ternampak satu kawasan atau kompleks di situ (tidak pasti dimaksudkan pada dataran atau bangunan) tertulis perkataan `Lanai Kijang’ Saya cuba mencari dalam Kamus Dewan tetapi penjelasan tentang makna perkataan tersebut tidak ditemui. Begitu juga di Kuala Lumpur ada 'Lanai Seni'. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak tuan mengenai makna perkataan `lanai’ itu. Elok dimasukkan sebagai entri dalam Kamus Dewan edisi akan datang. Terima kasih.Maksud perkataan lanai ialah dataran.Lain-lain15.03.2018
tukarkan perkataan rumi ke jawi MEDAN SELERA DATARAN SUNGAI

ميدن سليرا داترن سوڠاي

Ejaan15.12.2015
123

Kembali ke atas