Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ta.ran] | داترن

Definisi : 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ta.ran] | داترن

Definisi : kawasan atau tanah yg datar: ~ tinggi Tibet. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dataran


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATARAN

Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir

rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang

mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada

tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai

ataupun di kawasan pedalaman.

UMUM 
DATARAN TINGGI BARKLY

Dataran Tinggi Barkly ialah penara yang

luas di Wilayah Utara dan Queensland, Australia.

Dataran ini terletak selari dengan pantai selatan

Teluk Carpentaria, kira-kira dari Daly Waters

hingga Mount Isa. Ia terletak lebih daripada 300

meter berhampiran sempadan di antara Wilayah

Utara dengan Queensland. Kawasan ini merupakan

kawasan ragut terbaik di Wilayah Utara.

UMUM 
DATARAN HAKIS

Dataran hakis, suatu ketika merupakan

kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi

kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran

hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap.

UMUM 
DATARAN BESAR

Dataran Besar ialah padang rumput kering

yang luas di Amerika Utara. Ia merupakan

kawasan pertanian dan perlombongan yang

penting. Dataran Besar ini terbentang kira-kira

4000 kilometer dari utara Kanada ke New Mexico

dan Texas di Amerika Syarikat.

UMUM 
DATARAN NULLARBOR

Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur

kering yang terletak di Australia Barat dan barat

daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan

yang tidak mempunyai sungai di permukaannya.

Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254

milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran

ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur.

UMUM 
DATARAN PANTAI ATLANTIK

Dataran Pantai Atlantik lihat Amerika

Syarikat (Tanah Pamah Pantai).

UMUM 
TARIAN DATARAN

Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di

Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan

yang dianggotai oleh empat pasang penari.

Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi

empat ataupun dalam susunan bulatan yang

dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh

menari berbaris memanjang , dengan dua baris

pasangan bertentangan.

UMUM 
DATARAN BANJIR

Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
AMERIKA

Amerika ialah dataran besar di Hemisfera

Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara

dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah

dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke

selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan

pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung

Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di

Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut

terletak di Semenanjung Seward di pantai barat

Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling

hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak

pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan

barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika

Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat

yang paling sempit di Segenting Panama.

UMUMUmum
AYAM PRAIRI

Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas

Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran

tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam

prairi besar panjangnya lebih kurang 45

sentimeter dan beratnya lebih kurang satu

kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan

putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran

hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya

berwarna kuning air dengan jaluran perang

coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih

kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih

pucat daripada bulu ayam prairi besar.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas