Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tu] | داتو

Definisi : 1. ark raja, ratu; 2. Mn tukang ubat-ubatan (ramuan), bomoh; 3. Jk orang yg keramat, orang yg telah meninggal; kedatuan 1. ark kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu] | داتو

Definisi : gelaran kehormatan di Sabah (sbg anu­gerah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu] | داتو

Definisi : (Sabah) Datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datu

Puisi
 

Pergi ke pekan ke Pulau Datu,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Adik berpesan di muka pintu,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
mipulos Kdgusti tangan.Dua peserta dari suku kaum Dusun Subpan Lahad Datu, Rina Kalong, 19 dan Rina Baginda, 25, (Kanan) beradu kekuatan ketika menyertai sukan tradisional mipulos (gusti tangan) sempena sambutan Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, di Panampang, Ahad lepas.Daily Express (Harian Ekspres)Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
bakayawa Irbambu.Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baung Bj Smbekas minuman yang diperbuat daripada tempurung kelapa.Orang-orang Mumus itu naik ke rumah Datu Unduk sesudah membasuh kaki dan minum air sejuk yang diberikan di dalam baung. Mereka minum bergilir-gilir.Si GuntingGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
barian MSbhantaran perkahwinan.Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas