Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dau.lat] | داولت

Definisi : 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, ber­khidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (ke­kuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem­­-beri hak (kuasa dll), menjadikan ber­wibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang ke­dudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan ma­syarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan men­daulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dau.lat] | داولت

Definisi : 1 bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2 benar; ya (digunakan utk raja). 3 kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. pendaulat orang atau pihak yg mendaulatkan seseorang atau sesuatu: Mereka dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daulat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. "Daulat Bahasa Malaysia" bolehkah digunakan untuk tajuk buku kerja bahasa Melayu? Adakah perkataan Daulat dikursuskan penggunaannya? Sekian, terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
 
Manakala berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yang tertinggi): raja yang ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yang merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yang tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yang ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain;

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan daulat boleh digunakan dalam tajuk buku "Daulat bahasa Melayu".
Tatabahasa31.10.2013
Kata pinjaman: Daripada bahasa apa perkataan berikut dipinjam ?: kota, warisan, daulat, syahdu, mahligai, perkasa, hayat.

Sila layar pada Laman sesawang (web) DBP untuk menggunakan SBMB dalam talian. Pusat Rujukan Persuratan Melayu merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, atau kata pinjaman, peribahasa, ensiklopedia, dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" . Contoh:

Kata "Warisan"  berasal daripada bahasa Arab iaitu "Waris"

Daulat berasal daripada kata Arab, ‘daulatun’,

syahdu berasal daripada bahasa Arab, "Syahda" 

 

Istilah26.02.2009
adakah ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa & penggunaanya? DAULAT TUANKU MERAFAK SEMBAH UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA SEMPENA PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG .................... SEMBAH TAKZIM DARIPADA AAA saya dahului dengan ucapan terima kasihSelamat ptg:

Mohon tuan/puan menulis mengikut format seperti yang berikut:

DAULAT TUANKU,

MERAFAK SEMBAH,

UCAPAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGINYA BERSEMPENA DENGAN PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG,

SEMBAH TAKZIM,

DARIPADA

Lain-lain08.11.2016
Penggunaan gelaran Sultan - Sultan di Malaysia Nama Plate - Sultan JohorDaulat Tuanku Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Sultan dan Yang Dipertuan negeri Selangor Darul Ehsan Segala Daerah Takluknya menjunung kasih Atas keberangkatan DYMM Tuanku ke Pavilion Aston Martin Sempena Asia Klasika 2013 pada 6 Okotber 2013 Sembah Takzim daripada Lembaga pengarah, pengurusan serta kakitangan ASTON MARTIN KUALA LUMPUREjaan03.10.2013
Tuan, adakah "menandai" dapat bermaksud "menjadi tanda pada"? Kemungkinan ini saya agak kerana kata nama + meN-...-i dapat bermaksud menjadi maksud kata dasar nama pada (rujuk Asraf. (1989:102). Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.) Namun begitu, dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, tiada maksud "menjadi tanda pada" pada kata "menandai" melainkan "membubuh tanda pada, memberikan tanda pada sesuatu benda". Sila halusi WordPad yang terlampir untuk lebih teliti memahami pandangan saya. Terima kasih tuan! Salam memperjuangkan daulat bahasa Melayu.Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menandai, perkataan menandai antaranya membawa maksud menjadi tanda pada.Tatabahasa16.12.2016
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008

Kembali ke atas