Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dau.lat] | داولت

Definisi : 1. bahagia, kebahagiaan (pd raja-raja yg memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dsb); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. ark tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; berdaulat 1. bertuah, berbahagia; 2. mem­punyai kuasa (yg tertinggi): raja yg ~; 3. (merdeka dan) berkuasa atau berhak sepenuh­nya di atas urusan atau pemerintahan sendiri: negara yg merdeka dan ~; 4. mempunyai kedudukan yg tinggi dan berkuasa, berwibawa: bahasa Melayu dapat menjadi bahasa yg ~ di negeri kita, bukan bahasa Inggeris atau bahasa asing yg lain; mendaulat 1. menjunjung (mengabdi, ber­khidmat kpd raja); 2. Id, bp merampas (ke­kuasaan dll) dgn tidak sah, menurunkan orang berpangkat atau berkuasa (spt raja dll) dr kedudukannya dgn paksaan: Raja Faruk telah didaulat oleh rakyat Mesir; mendaulatkan menjadikan berdaulat, mem­­-beri hak (kuasa dll), menjadikan ber­wibawa: perjuangan hendak ~ Bahasa Kebangsaan bukan perjuangan baru; kedaulatan kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi; ~ undang-undang ke­dudukan undang-undang sesebuah negara sbg kuasa tertinggi yg mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan ma­syarakat; pendaulatan perihal atau perbuatan men­daulatkan: ~ Bahasa Kebangsaan; pendaulat 1. bp orang yg mendaulat; 2. orang atau pihak yg mendaulatkan: kononnya negara itu dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dau.lat] | داولت

Definisi : 1 bahagia; kebahagiaan (pd raja yg memerintah). 2 benar; ya (digunakan utk raja). 3 kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan). ~ tuanku a. berbahagialah tuanku. b. benar tuanku. berdaulat 1 mempunyai kuasa atau hak yg tertinggi atas sesuatu hal (spt pemerintahan): Malaysia merupakan negara yg ~. 2 bertuah; berbahagia. mendaulatkan menjadikan berdaulat; memberikan hak (kuasa dll). kedaulatan kekuasaan yg tertinggi; keadaan berdaulat: Askar Melayu telah berjuang mati-matian utk mempertahankan ~ nusa dan bangsa. pendaulatan perbuatan mendaulatkan: ~ undang-undang. pendaulat orang atau pihak yg mendaulatkan seseorang atau sesuatu: Mereka dianggap sbg ~ demokrasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daulat


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Daulat Tuanku-Utusan Malaysia27.04.2007
'Daulat Tuanku'TiadaHarian Metro27.04.2007
'Daulat raja jangan diusik'Zaitie SathiHarian Metro22.11.2006
Daulat Tuanku payung negaraTiadaUtusan Zaman09.12.1984
Daulat Di Hujung PedangRejab F. IBacaria28.10.1987
Daulat Di Hujung PedangRejab F. IBacaria28.10.1987
Daulat Melayu kini menjadi barangan purbaKhalid SallehBerita Harian (Sastera & Budaya)11.12.2001
Daulat bahasa MelayuSalbiah AniBerita Harian (Sastera dan Budaya)22.03.2005
Dokumentari Daulat Tuanku kupas makna Raja BerperlembagaanHardi Effendi YaacobBerita Minggu22.03.2009
Usaha daulat bahasa Melayu terpinggirMohd. Fazli AbdullahBerita Harian12.07.2006
123

Kembali ke atas