Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokokKata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137.Tatabahasa21.01.2022
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul."Tatabahasa09.10.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
Salam sejahtera, 1.Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?) 2. a.Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?) 3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering / daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Sekian, terima kasih.

1. Kita harus memakai topi keledar supaya kepala kita dilindungi jika kemalangan berlaku / berlaku kemalangan. (kedua-dua boleh diterima?). Kedua-dua ayat tersebut betul1">

2. a. Pak Sani menjirus sayur-mayur. b. Sayur-mayur tumbuh segar. Ayat majmuk : Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu atau Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya sayur-mayur tumbuh segar. (ayat mana betul?): Jawapan betul ialah 1. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tidak layu. 2. Pak Sani menjirus sayur-mayur supaya tumbuh segar1">

3. Saya dan bapa menyapu daun-daun kering/daun kering di bawah pokok. (daun-daun kering atau daun kering?) Jawapan betul ialah Saya dan bapa menyapu daun-daun kering di bawah pokok1">

Tatabahasa10.02.2020
Bagaimana hendak membezakan antara kata majmuk dengan frasa?1) daun kering ,bilik muzik, buah pisang digolong dalam frasa atau kata majmuk? 2) bertepuk tangan, sedang bernyanyi,sangat suka,di taman, seekor rama-rama digolong dalam frasa atau kata majmuk? Minta buat penjelasan...terima kasihKata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa pula merupakan satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat seperti buku dalam ayat. Contohnya, Saya membaca buku.

1. Daun kering - Frasa nama
2. Bilik muzik - Kata nama
3. Buah pinang - Kata nama
4. Bertempuk tangan - Kata kerja
5. Sedang bernyanyi - Kata kerja
6. Sangat Suka - Kata adjektif
7. Di taman - Frasa sendi nama
8. Seekor rama-rama - Kata nama
Tatabahasa09.09.2017
Saya sedang membuat lapuran untuk pejabat saya mengenai penanaman pokok-pokok di dusun. Yang mana adalah betul? (1) Kerekot daun atau Daun kerekot. (2) Layu pokok atau Pokok layu. Terima kasih.Mengikut Hukum D-M, yang betul ialah daun kerekot dan pokok layu. Tatabahasa21.07.2008
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat ini ? Saya tidak pasti kesalahannya. 1 Daun pandan itu dilayur oleh nenek untuk dibuat tikar. dilayur boleh diguna ? 2 Ikan terubok itu dipanggang oleh ibu. dipanggang boleh diguna ? 3 Pisang yang disalai itu kehitam-hitaman. disalai boleh diguna ? Terima kasih.

Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul dan tiada kesalahan dalam penggunaan kata dilayur, dipanggang serta disalai dalam ayat-ayat tersebut.

Tatabahasa28.07.2011
1(a). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah anyaman daripada daun kelapa dan ukiran. 1(b). Hasil kraf tangan tersebut termasuklah barangan daripada daun kelapa dan ukiran. 2(a). Mereka melihat pelbagai anyaman seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. 2(b). Mereka melihat pelbagai barangan seperti bakul, sarung ketupat dan burung hiasan. Semuanya diperbuat daripada daun kelapa. Ayat yang mana satu lebih tepat? Terima kasih.Kesemua contoh ayat adalah betul.  Walau bagaimanapun untuk konteks ayat sebegini perkataan anyaman lebih tepat menggantikan barangan.Tatabahasa16.02.2017
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"?Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada  penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.  Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. 

Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut..
Lain-lain05.05.2014
saya nak tanya tentang cara mengeja,saya tak tahu di mana tempat yang sesuai untuk saya bertanya.jadi saya cuba tanya di ruangan ini shj. saya nak dan rakan-rakan keliru bagaimana hendak mengeja perkataan seperti daun,dua,liar dsb.ada yang kata (eja dua suku kata)da un=daun, ada yg kata(eja terus jadi 1 suku kata) daun=daun.jika anda boleh bantu,tolong jelaskan mana yang betul.tkasih

Soalan yang dikemukakan tidak jelas, sama ada merujuk kepada pemisahan suku kata atau sebutan. Untuk makluman pemisahan suku kata dan sebutan bagi perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

Perkataan        Pemisahan Suku Kata      Sebutan 

daun                 da-un (KV-KV)                    daun

dua                   du-a (KV-V)                        dua

liar                    li-ar  (KV-VK)                       liar

Ejaan05.08.2011
123456

Kembali ke atas