Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daun I 1


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBIKAI

Tembikai ialah nama buah daripada beberapa

jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu.

Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan

batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau

memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut

pada benda yang dipanjatnya. <i> Sulur paut i> ialah

daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti

gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat

atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya

sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30

sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4

kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada

samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau

muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna

hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah.

UMUM 
POKOK TULIP

Pokok tulip juga dinamakan <i> poplar kuning i>

dan <i> poplar tulip i> , ialah pokok daun lebar yang

tertinggi di timur Amerika Syarikat. Di hutan, ia

boleh tumbuh setinggi melebihi 60 meter, dan

batangnya mungkin setebal 1.5 meter hingga 3

meter di bahagian pangkal. Ia tumbuh dari

selatan New England hingga ke Florida dan ke

arah barat hingga ke selatan Missouri dan

Louisiana.

UMUM 
ATI-ATI

DAUN ATI-ATI, (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Coleus, I>iaitu<I style="mso-bidi-font-style: normal"> C. amboinicus, C. atropurpureus I>dan<I style="mso-bidi-font-style: normal"> C. blumeiI>), sejenis tumbuhan renik semusim. Tumbuhan ati-ati ditanam kerana keindahan bentuk daun dan warna daunnya yang menarik. Kawasan asal <I style="mso-bidi-font-style: normal">Coleus I>ialah di bahagian Tropika Dunia Lama.

1">           

BUDAYAFlora dan Fauna
SENDUDUK

SENDUDUK (<I style="mso-bidi-font-style: normal">Malastoma malabathricumI> daripada famili <I style="mso-bidi-font-style: normal">Melastomataceae)I>, pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna
SIALANG

SIALANG <I style="mso-bidi-font-style: normal">(Koompassia excelsa (Becc.) TaubI>. daripada <I style="mso-bidi-font-style: normal">famili Leguminosae)I>, sejenis pokok hutan yang besar dan antara yang tertinggi di Malaysia.  Nama lain bagi pokok ini ialah tualang.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian sehingga melebihi 85 m.  Batangnya berukuran antara 1 m hingga 2.5 m diameter, berbanir tinggi dan berwarna kelabu kekuningan, berdahan banyak sehingga membentuk dom dan kadang-kadang terdapat subsilara yang juga berbentuk dom.  Daun pokok ini berwarna hijau dan biasanya luruh setahun sekali.  Pokok ini mempunyai getah yang berbisa yang boleh menyebabkan kulit gatal-gatal dan bengkak-bengkak.  Pokok ini juga amat keras kayunya tetapi dahannya rapuh dan kadang-kadang sekah dengan sendiri.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas