Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keupayaan (kebolehan) mencipta; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebolehan mencipta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daya cipta


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
daya ciptakebolehan mencipta.Kamus Pelajar Edisi Kedua
daya ciptakeupayaan (kebolehan) mencipta;Kamus Dewan Edisi Keempat
daya ciptakebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
kraf tangan1. perusahaan (kerja, seni, dsb) yg memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan: tumpuan juga boleh dialih kpd bidang ~ yg sering menarik minat pelancong; 2. yg memerlukan (dihasilkan dgn dsb) kemahiran menggunakan tangan: barang-barang ~; perusahaan ~; seni ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
ilhamAr 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar.Kamus Dewan Edisi Keempat
mahakaryakarya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg di­cipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekreatifankemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kreatif(kréatif) mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan kemampuan (kebolehan) men­cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
ciptaangan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadi­kan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil keseni­an: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian.Kamus Dewan Edisi Keempat
daya1 tenaga; kekuatan; kemampuan: Dia kehabisan ~ utk mendaki bukit itu. 2 akal; ikhtiar; muslihat: Dia mencari ~ hendak menipu orang itu. ~ cipta kebolehan mencipta. ~ fikir keupayaan atau kekuatan utk menggunakan akal fikiran. ~ ghaib kuasa ghaib. ~ graviti kuasa (tarikan) antara dua benda, terutamanya kuasa yg menarik benda-benda ke bumi. ~ guna kemampuan utk mendatangkan hasil atau faedah: Peladang dan pesawah berusaha utk meningkatkan ~ guna tanah mereka. ~ ingatan keupayaan atau kekuatan utk mengingat sesuatu atau seseorang. ~ juang kemampuan utk mempertahankan atau mencapai sesuatu dgn sungguh-sungguh. ~ kuda satuan utk mengukur tenaga enjin dll. ~ penarik a. kebolehan utk menarik sesuatu. b. kebolehan utk menarik hati orang lain. ~ sawat kuasa atau tenaga yg dikeluarkan (dihasilkan) oleh sesuatu pesawat. ~ utama (usaha) kegiatan atau usaha utk memulakan sesuatu. berdaya bertenaga; berupaya; mampu: Samad tidak ~ hendak mengangkat peti itu. Dia tidak ~ hendak membayar hutang-hutangnya. mendayai 1 memberi daya (kekuatan) kpd. 2 mengenakan pengaruh pd; mempengaruhi. 3 mengenakan tipu helah pd; mengakali. memperdaya melakukan tipu helah (muslihat); menipu: Dlm cerita kanak-kanak, sang kancil selalu ~ binatang-binatang hutan yg lain. terdaya berkemampuan membuat sesuatu; berupaya; bertenaga; terbuat: Tidak ~ olehnya mengangkat tong yg berat itu. terperdaya tertipu: Perempuan itu telah ~ oleh rayuan dan pujukan lelaki yg tidak bertanggungjawab itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas