Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kekuatan, kemampuan, ke­upayaan, ikhtiar; 2. akal; sedaya upaya seberapa yg dapat diusahakan, (dgn) segenap akal atau sepenuh ikhtiar; berdaya upaya = berdaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tenaga; ikhtiar. berdaya upaya bertenaga; berupaya; mampu: Mereka tidak ~ utk melawan arus yg kuat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
upaya (kata nama)
Bersinonim dengan usaha, daya, daya usaha, akal, ikhtiar, kekuatan, kebolehan;,
Kata Terbitan : seupaya-upayanya, berupaya, terupaya, keupayaan, berkeupayaan,

Peribahasa

Sebagai ayam diasak malam.

Bermaksud :

Tidak ada daya upaya lagi. diasak = didesak.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
degree of disabilityhad kehilangan daya upayaPentadbiranTiadaTiada
optimum utilization of resources conceptionkonsepsi penggunaan optimum daya upayaUndang-undangTiadaTiada
potentiometrypermeteran upayaKejuruteraanTiadaPenggunaan meter upaya untuk mengukur daya-daya gerak elektrik, dan penggunaan ukuran-ukuran yang berkenaan.
neutral equilibriumkeseimbangan neutralMekanikGunaanKeseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya malar. Sesaran kecil yang dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan neutral tidak akan mengubah tenaga upayanya. Jasad itu akan terus kekal pada kedudukan teranjak dan tidak cenderung untuk kembali ke kedudukan asal mahupun untuk terus menyesar. Keadaan keseimbangan neutral wujud apabila terbitan daya upaya V terhadap sesaran x adalah sifar untuk semua darjah terbitan, iaitu dV/dx =0 dan dnV/dxn =0 untuk semua nilai n. Lihat juga keseimbangan stabil, keseimbangan tak stabil.
potential energy functionrangkap tenaga upayaMekanikGunaanUngkapan bagi tenaga upaya jasad. Pada umumnya, jasad yang ditindak oleh daya graviti dan daya anjal mempunyai rangkap tenaga upaya V yang diberikan oleh sebutan V = Vg + Va dengan Vg sebagai sebutan tenaga upaya graviti dan Va ialah sebutan tenaga upaya anjal. Lihat juga tenaga upaya anjal, tenaga upaya graviti.
gravitational potential energytenaga upaya gravitiMekanikGunaanTenaga upaya yang disebabkan oleh daya graviti yang bertindak pada jasad (iaitu berat jasad tersebut). Tenaga upaya graviti memerlukan suatu datum satah mengufuk untuk mengukurnya. Nilai tenaga upaya graviti Vg diberikan oleh ungkapan, Vg = WyG dengan W ialah berat jasad berkenaan dan yG ialah kedudukan tegak pusat gravitinya apabila diukur dari satah datum. Jarak yG diambil sebagai positif jika ukuran dibuat menghala ke sebelah atas satah itu, dan negatif jika sebaliknya. Tenaga upaya graviti adalah positif jika jasad berada di sebelah atas datum dan negatif jika berada di sebelah bawah datum.
permanet partial disability benefitfaedah hilang upaya separa kekalinsuransTiadaFaedah yang memberi ganti rugi dengan bayaran berkala untuk hilang upaya yang mengurangkan daya memperoleh pendapatan saraan tetapi tidak melibatkan hilang upaya penuh untuk bekerja.
permanent partial disability benefitfaedah hilang upaya separa kekalPentadbiran PerniagaanTiadaFaedah yang memberi ganti rugi dengan bayaran berkala untuk hilang upaya yang mengurangkan daya memperoleh pendapatan saraan tetapi tidak melibatkan hilang upaya penuh untuk bekerja.
voltvoltTeknikElektrikUnit beza upaya atau daya gerakan elektrik dalam sistem meter-kilogram-saat. Satu volt adalah bersamaan dengan kuasa untuk menghasilkan arus satu ampere melalui rintangan satu ohm. Simbol V.
potentialupayaTeknikElektrikTegangan, voltan atau daya gerak elektrik yang menolak arus mengalir dalam litar. Unit upaya ialah volt.
12

Kembali ke atas