Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yang] | دايڠ

Definisi : 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yang] | دايڠ

Definisi : = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(40)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dayang yang bercakap dengan raja dikehendaki guna "patik" atau "hamba"?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa26.11.2013
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Kapal Dayang Topaz atau kapal Dayang Topaz? Pelantar Minyak Baram B atau pelantar minyak Baram B? Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan keperluan memulakan perkataan dengan huruf besar bagi situasi di atas?

Penggunaan huruf besar apabila perkataan Bahasa Melayu sebagai perkataan pertama  atau berada diawal ayat dan  huruf kecil apabila berada di tengah dan akhir sesebuah  ayat contoh:

i. Bahasa Melayu.

ii. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara Malaysia.

iii. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu.

Kapal Dayang Topaz dan Pelantar Minyak Baram B menggunakan huruf besar untuk nama khas.

 

Ejaan07.11.2020
1.apabila dayang bercakap dengan permaisuri, apakah panggilan untuk diri dayang? adakah "patik" atau "hamba"? 2. Rakyat biasa bercakap dengan sultan , panggilannya " hamba" untuk diri rakyat ?
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.
Tatabahasa20.08.2013
Assalamualaikum. Saya keliru dengan penggunaan pada dan kepada. “Bawakan Puteri Amrina PADA seorang dayang istana" ATAU “Bawakan Puteri Amrina KEPADA seorang dayang istana" Boleh saya tahu yang mana satu betul? Terima kasihKata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan kata sendi nama yang betul ialah kepada, Bawakan Puteri Amrina kepada seorang dayang istana.Tatabahasa15.12.2015
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasihPatik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba.Tatabahasa11.05.2012
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih.Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi.Tatabahasa17.01.2012
Salam sejahtera; Tuan; Apakah kata ganti nama diri pertama yang paling sesuai bagi dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri / putera? Harap tuan berikan penjelasan kepada saya. Terima kasih.Kata ganti nama diri yang sesuai digunakan bagi Dayang atau mak inang ketika bercakap dengan tuan puteri/putera ialah "hamba", manakala bagi tuan puteri/putera pula ialah "patik".Istilah29.03.2013
Merujuk penggunaan kata dasar 'banyak' dalam persuratan, contoh; Pihak Universiti mengucapkan berbanyak terima kasih atas perkhidmatan Dayang. Mohon kepastian penggunaan bahasa di dalam ayat tersebut.Ayat yang betul ialah Pihak universiti mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas perkhidmatan Dayang.Tatabahasa28.07.2022
Dalam Antologi T5 Prosa Pelayaran yang penuh peristiwa, kenapa Awang Sulung Merah Muda menyamar sebagai budak hitam dalam geliung Tuan Puteri DAyang Seri Jawa? Kenapa Awang Sulung boleh berhutang rial batu? Siapakah Tuan Puteri Dayang Nuramah? dan siapakah Datin Batin Alam? Kenapa lanun dalam prosa tu takut akan Awang Sulung dan mengatakan bahawa Awang Sulung ialah penghulu mereka? Adakah awang Sulung itu lanun juga?

Untuk makluman saudara khidmat nasihat sastera termasuklah pertanyaan tentang kegiatan sastera, hadiah, anugerah dan sayembara; pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan; pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja; carian pantun dan biodata penulis/penyair dan penyemakan bahasa Melayu klasik. Walau bagaimanapun untuk mendapatkan maklumat terperinci kandungan sesebuah teks sastera, saudara perlu membaca dan menghayati karya tersebut.

Sastera17.02.2011
Pilih jawapan yang paling sesuai. 1."_____ sedang beradu ," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak. I Beta II Hamba III Baginda IV Tuanku A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV Sekian, terima kasih."Baginda sedang beradu," kata dayang itu kepada Bendahara Tun Perak.Tatabahasa20.08.2015
123

Kembali ke atas