Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yang] | دايڠ

Definisi : 1. sl gadis, perawan; 2. panggilan timang-timangan utk anak-anak perempuan; 3. = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: dia tersandar di katil spt raja yg dikerumuni oleh inang dan ~; pendayangan dayang-dayang di istana; pendayang 1. sl perempuan(-perempuan) muda; 2. ark perempuan jalang, pelacur: hai ~, puaslah sudah gerangan engkau menipu! (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yang] | دايڠ

Definisi : = dayang-dayang gadis-gadis pelayan di istana: Tuan puteri itu selalu saja dikerumuni ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayang

Puisi
 

Dayang-dayang mandi menyimbur,
     Mandi menyimbur di pohon getah;
Ayuhai Cik Dayang jangan takbur,
     Sedangkan burung dapat kugetah.


Lihat selanjutnya...(40)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lady attendant (women)dayang-dayangSejarahTiadaTiada
daun sibar dayangdaun sibar dayangKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun yang menutupi helaian daun lain yang mengambil unsur pakaian dayang dahulu kala yang memakai selendang di bahu.
maid servantdayangKesenianDrama dan TeaterWatak wanita yang menjadi orang suruhan dalam istana atau pembantu golongan bangsawan. Dalam persembahan Makyung, dayang dikenali sebagai inang. Sinonimkembang cina.
court maidendayangSejarahTiadaGelaran bagi perempuan yang berkhidmat di istana bagi kaum bangsawan di Eropah zaman feudal.
laxy attendant (woman)dayangSejarahTiadaTiada
flat characterwatak pipihKesusasteraanTiadaPelaku yang peranannya tidak berkembang serta kurang kerumitan dan motivasi dalam cerita. Contohnya watak dayang dalam cerita-cerita istana.
thematic movementgerak tematikKesenianDrama dan TeaterPola gerak laku dalam drama atau tarian seperti aksi bermainmuzik atau bernyanyi yang diolah untuk membawa makna tertentu, biasanya mengikut kesesuaian jantina, prestasi dan status peranan yang ditampilkan. Contoh gerak tematik dalam persembahan bangsawan merupakan perbuatan melatah dalam kalangan dayang atau lagu tarikyang disampaikan oleh primadona.
legonglegongMuzikTiada

 Tarian Bali yang ditarikan oleh tiga atau empat orang kanak-kanak perempuan dengan iringan gamelan pelegongan. Cerita yang biasa dipersembahkan ialah Lasem. Penari mewakili Raja Lasem, Puteri Rangkesari, seorang condong (dayang) dan seekor burung gagak. Persembahan cerita Lasem bermula dengan tarian condong, kemudian tarian Raja Lasem dengan Puteri Rangkesari, dan diikuti tarian peperangan antara Raja Lasem dengan burung gagak.

ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.

Kembali ke atas