Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.yus] | دايوس

Definisi : hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki ~ sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal; mendayus menghinakan, mengejikan, me­rendahkan, mencerca; kedayusan perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.yus] | دايوس

Definisi : tidak bersifat kelelakian; pengecut; penakut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dayus


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya apa maksud "dayus" yang sebenarnya?.kenapa maksud di dalam kamus dewan tak sama dengan maksud dalam islam.bukankah "dayus" itu perkataan pinjaman dari arab.saya jugak ingin tahu macam mana pengunaan ayat untuk perkataan "dayus"Disertakan takrif dan contoh penggunaan bagi kata "dayus" yang dipetik daripada kamus terkini terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, iaitu  Kamus Dewan Perdana (2020) untuk rujukan tuan/puan iaitu:

dayus دايوس ⋅
adj 1 (bkn suami atau bapa) dlm keadaan membiarkan isteri atau anak berterusan melakukan
perbuatan maksiat: Engkau dayus sekiranya membiarkan isterimu berzina dgn lelaki itu. 2 (bkn sso
atau sst pihak) tidak mempunyai keberanian utk menghadapi cabaran dsb: Ternyata dia bukanlah
seorang manusia dayus yg tidak sanggup ke medan perang. Bangsa yg dayus ialah bangsa yg tidak
berani mengangkat muka apb maruahnya digugat.

Lain-lain20.05.2021

Kembali ke atas