Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.bar] | دبر

Definisi : denyut (jantung, nadi): ~ jantungnya makin cepat; berdebar, berdebar-debar berdenyut-denyut atau bergerak-gerak agak pantas (bkn jantung, kerana seseorang itu terperanjat, ketakutan, dsb): ketika hendak sampai di perkuburan, hatiku pun ~; mendebarkan menjadikan atau menyebab­kan (jantung, nadi) berdenyut agak pantas (kerana timbul perasaan cemas, takut, dsb): penulis itu pandai benar mengarang cerita-cerita yg ~ jantung hati; saya baru saja mendapat berita yg ~; debaran 1. debar: ~ jantung saya ber­kurang selepas mendengar pen­jelasan­nya; 2. (Ubat) denyutan jantung yg terlalu laju dan kuat, sehingga dirasai pesakit, palpitasi; perdebaran denyutan (jantung, nadi) yg agak kencang, debaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.bar] | دبر

Definisi : ; berdebar bergerak-gerak turun naik dgn pantas (bkn jantung, nadi dll); berdenyut: ~ hatinya ketika dia hendak berjumpa dgn menteri itu. mendebarkan menjadikan jantung dll berdebar; menyebabkan jantung dll berdenyut: Berita baik itu ~nya. debaran gerakan (jantung, nadi dll) yg turun naik dgn agak pantas; denyutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flutterfluter; debarKejuruteraanTiada1. Frekuensi atau amplitud yang cepat turun naik dalam penerimaan radio atau keluaran semula suara terutamanya daripada cakera. 2. Ayunan tertanggung yang boleh memecahkan struktur dengan cepat, biasanya terdapat pada sayap atau ekor dan disebabkan oleh tindakan saling tindak daya.
flutterfluter; debarPerubatanTiadaTiada
flutter controlkawalan debarKejuruteraanTiadaTiada
flutter bridgetiti debarKejuruteraanTiadaTiada
palpitationpalpitasiPerubatanTiadaPerasaan berdebar-debar yang biasanya disebabkan peningkatan kadar denyutan jantung.
pulsationpendenyutanBiologiFisiologiProses berdebar-debar atau berdenyut-denyut dan beritma seperti denyutan jantung.
cardiopalmuskardiopalmusHerbaFitoterapiPerasaan berdebar-debar yang biasanya disebabkan oleh peningkatan kadar denyutan jantung.

Kembali ke atas