Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.bat] | ديبت

Definisi : (débat) bahas, perbahasan: majlis ~ pd malam itu tidak jadi diadakan; berdebat, berdebat-debatan bertukar fi­kir­an (biasanya yg bertentangan) atau ber­bantahan bkn sesuatu perkara, berbahas: mahasiswa-mahasiswa itu dicabar tampil ke depan utk ~ di muka umum; mendebat membantah (sesuatu pendapat, pendirian, dll) dgn mengemukakan alasan atau hujah, membahas; mendebatkan, memperdebatkan men­debat tentang sesuatu, membahaskan, mem­perbantahkan: ketika itu mereka sedang ~ hal-hal parti politik; perdebatan pertukaran fikiran biasanya yg bertentangan mengenai sesuatu hal (pendirian dll) dgn masing-masing pihak mengeluarkan pendapat (alasan dsb), perbuatan berdebat, perbahasan, perbantahan: ~ mengenai pe­­rincian belanjawan Kementerian Pendidikan akan diteruskan pd hari Khamis; pendebatan perihal (perbuatan dsb) men­debatkan atau memperdebatkan: soalan-soalan begini tidak mudah dijawab dan kerana itu ~ mengenainya masih berterusan; pendebat orang yg berdebat (mendebat), pembahas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.bat] | ديبت

Definisi : /débat/ 1 perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya. 2 peraduan berbahas. berdebat berbincang ttg sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya: Mahasiswa universiti telah ~ mengenai akta tsb. mendebat membantah pendapat orang lain dgn memberikan alasannya; membahas. mendebatkan menjadikan sbg bahan utk berdebat; memperbantahkan: Mereka masih lagi ~ hal kenaikan gaji. perdebatan perbuatan atau hal berdebat; perbahasan: ~ ttg hak-hak perseorangan itu berakhir dgn pergaduhan. pendebatan perbuatan, hal dsb mendebat atau mendebatkan: ~ isu itu memakan masa yg sangat panjang. pendebat orang yg mendebat; pembahas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debat


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Debat ekuiti Melayu siapakah sebenarnya yang mengaburi kebenaran?Zainuddin MahmudDewan Masyarakat1 December 2006
Debat Feminis: Ghairah, Riuh, MencabarJohan JaaffarDewan Sastera1 December 2002
Debat BahasaMohd Nor LongPelita Bahasa1 September 2008
Debat menajamkan pemikiranMohd Shukri Mohd Ariff dan Ahmad Badrulhisham Che KasimPelita Bahasa1 July 2007
Debat Perdana 2004Zaharahanum KamarudinPelita Bahasa1 November 2004
Debat Perdana 2003Mohd. Shukri Mohd. AriffinPelita Bahasa1 May 2004
Debat Perdana 2002Fauzilahyatun MustafaPelita Bahasa1 November 2002
Debat Alam Sekitar IPT 2001Fauzilahyatun MustafaPelita Bahasa1 September 2001
Debat Kita di Beranda CintaSalman SulaimanTunas Cipta1 July 2003
Debat Umum Sekolah Agama Rakyat Cabaran, Masa Depan, dan HarapanTiadaBerita Jiwa1 January 2003
12

Kembali ke atas