Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.bén.tur] | ديبينتور

Definisi : (débéntur) surat akuan yg di­keluar­kan oleh syarikat, agensi kerajaan dsb sbg tanda penerimaan wang yg dipinjamkan kepadanya pd kadar bunga yg tetap sehingga pinjaman itu dijelaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debentur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
debenturedebenturEkonomiEkonomi IslamInstrumen hutang jangka panjang yang digunakan oleh kerajaan dan syarikat korporat untuk mendapatkan dana. Dari segi tempoh matang dan pulangannya, debentur sama seperti bon kecuali proses pensekuritiannya yang menggunakan prinsip ijarah semasa menerbitkan instrumen tersebut. Debentur tidak selamat kerana tidak mempunyai cagaran ke atas aset. Walau bagaimanapun, dalam kes kebankrapan debentur dijamin oleh semua pemilikan yang belum dicagar kepada pihak lain. Oleh itu, pemegang debentur masih dianggap sebagai pemberi pinjaman awam.
debenturedebenturEkonomiTiadaModal pinjaman yang dibuat oleh sesebuah syarikat perniagaan untuk menambah modal pusingan perniagaan. Debentur ini akan dibayar faedah, tetapi tidak boleh menerima dividen syarikat tersebut. Debentur juga diterbitkan oleh syarikat awam yang dapat diniagakan di Bursa Saham. Ia berbeza daripada saham yang juga merupakan pinjaman syarikat tetapi dibayar dividen.
convertible debenturedebentur boleh tukarPentadbiran PerniagaanTiadaDebentur yang boleh ditukarkan kepada saham biasa mengikut harga dan nisbah penukaran yang telah ditetapkan.
debenture holderpemegang debenturPentadbiran PerniagaanTiadaPemberi pinjaman kepada syarikat melalui pembelian debentur, juga merupakan pemiutang syarikat.
subordinated debenturedebentur subordinatPentadbiran PerniagaanTiadaSekuriti hutang tak bercagar yang menunjukkan tuntutan ke atas faedah dan pokok lebih junior daripada debentur biasa dan obligasi lain.
debenturedebenturPentadbiran PerniagaanTiadaNota janji hutang yang diterbitkan oleh syarikat tanpa sebarang cagaran atau lien, biasanya disokong dengan kebolehpercayaan dan keutuhan kredit syarikat berkenaan.
debenturedebenturPentadbiranTiadaTiada
debenturedebenturEkonomiTiadaTiada
debenturedebenturPentadbiranTiadaTiada
debenturedebenturUndang-undangTiadaTiada
12345

Kembali ke atas