Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.bu] | دبو

Definisi : 1. tanah kering atau bahan lain dlm bentuk serbuk halus yg menutupi bumi, permukaan benda, atau yg berterbangan ditiup angin: ~ di tepi jalan itu berterbangan apabila kereta lalu; 2. sl patik, hamba; ~ tuanku hamba tuanku; berdebu ada debu, dipenuhi debu, berhabuk, terdapat (diliputi dsb) debu yg berterbangan: jalan-jalan yg ~; mendebu menjadi spt debu (menjadi halus); cakap ~ cakap (pertuturan) yg keluarnya ber­talu-talu; mendebukan menjadikan atau menyembur­kan dlm bentuk debu: oleh yg demikian, pendebu alat utk mendebukan (racun kulat dll).telah diciptakan alat yg boleh menyemburkan atau ~ racun kulat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.bu] | دبو

Definisi : habuk yg halus drpd tanah dll; abu; lebu: ~ yg berterbangan itu masuk ke dlm matanya. berdebu ada debunya; dipenuhi debu; berhabuk: Jalan yg belum bertar itu masih ~ lagi. mendebu 1 seakan-akan debu; sbg debu (halus sekali). 2 menaburkan atau menyemburkan debu: Kapal terbang juga digunakan utk menyembur dan ~. mendebui menyapu atau menaburkan debu pd; menyelaputi sesuatu dgn debu: Penyakit kulat dpt dikawal dgn ~ daun dgn serbuk sulfur. pendebu ubat atau bahan dlm bentuk debu (utk mencegah penyakit dll): Serbuk sulfur dpt digunakan sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata debu

Puisi
 

Satu keempat pukul lima,
     Baru mendapat hari nak siang;
Hendak mendapat macam yang lama,
     Biar menjadi debu melayang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kelimpanan mata dek pengelan.

Bermaksud :

Dikecewakan oleh orang yang diharapkan. kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..)Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan.  Lain-lain10.12.2008
ASSALAMULAIKUM SY PLAJAR KOLEJ MARA DAN SAYA PERLU MENGKAJI NOVEL SASTERA....SY MEMILIH NOVEL HUJAN DEBU OLEH ROSMINI SHAARI...DISINI,SY NAK TAHU LEBIH DETAIL ABOUT ROSMINI SHAARI...HARAP PIHAK DBP DAPAT MENYEDIAKAN MAKLUMAT TENTANG ROSMINI SHAARI....TERIMA KASIHSila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, Kuala Lumpur untuk mendapat fail tentang pengarang tersebut. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.02.2010
Apakah maksud 'mengirai', 'mengirah', dan 'mengikir'?Mengirai/mengiraikan bermaksud mengibas-ngibas dengan keras(supaya hilang debu), mengirapkan,mengepak-ngepak atau mengoyang-goyangkan sayap. Mengirah bermaksud membuang atau mencurahkan(air,minuman dll.). Mengikir bermaksud melicinkan(mengikis dll. dengan kikir. Untuk mendapatkan makna perkataan saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  Makna08.04.2008
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbukBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah  debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah  benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;.Istilah09.06.2009
Jika `sampah sarap` ialah kata ganda, mengapakah kata ganda itu tiada sempang (-) ?Sampah sarap ialah kata majmuk, bukan kata ganda kerana sarap telah diberi makna tersendiri. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sarap membawa makna sampah (daun-daun kering, debu, dll). Harap maklum.Tatabahasa27.10.2007
1)Bagi perkataan "mite dust", apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat menurut Dewan Bahasa dan Pustaka? 2) Berdasarkan jawapan dalam soalan (1), apakah alasan/sebab bagi jawapan itu?Perkataan mite dust tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah mite diterjemahkan kepada hama atau tungau, manakala dust diterjemahkan kepada debu. Berdasarkan pembentukan kata perkataan mite dust boleh diterjemahkan kepada debu hama/tungau. Walau bagaimanapun terjemahan ini bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah21.09.2012
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri MenMaklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti.Lain-lain25.11.2015
Ingin tanya tentang biodata pengarang novel kanak-kanak iaitu Haniza Hashim.

Saudara boleh merujuk senarai buku Haniza Hashim untuk mendapat maklumat biodata beliau. Terima kasih

 

Izinkan kusentuh hatimu Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)1995

Debu ImpianHaniza HashimEdusystem Sdn Bhd2001
Wajah RabitahHaniza HashimPenerbit Fajar Bakti Sdn Bhd1998
Sayonara Tuk MalimHaniza HashimUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.1998
Lain-lain29.04.2008

Kembali ke atas