Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.daun] | دداءون

Definisi : pelbagai jenis daun, bak daun: ~ keladi air yg melilit di tiang tangga menyu­lit­kannya; dedaunan daun-daunan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedaun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "dedaun" sama dengan "daun-daun"?Benar, dedaun sama dengan daun-daun yang membawa makna banyak daun atau pelbagai daun. Dedaun merupakan hasil penggandaan separa  kata nama tunggal yang melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar.Makna06.05.2014
Tolong jelaskan penggunaan kata ganda separa jamak. Ribuan terima kasih ! (1)dedaun (=daun-daun?) I Beberapa helai dedaun II Beberapa helai daun III Banyak dedaun / daun-daun (2)pepohon (=pohon-pohon?) I Beberapa pokok pepohon / pohon-pohon II Banyak pepohon / pohon-pohon III Banyak pohon / pokok IV Beberapa batang pohon / pokokKata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Contoh: "dedaun" dan "pepohon". Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 137.Tatabahasa21.01.2022
Salam sejahtera. Tuan apakah jawaban yang tetap untuk ayat yang berikut: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari / daripada kolam. 2. Pengakap mengambil air dari / daripada sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari / daripada lori. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul: 1. Ali menyauk ranting dan dedaun dari kolam. 2. Pengakap mengambil air dari sungai. 3. Dia menurunkan kerusi dari lori.Tatabahasa30.05.2011
1) Beburung berterbangan (betul / salah) 2) Burung berterbangan (betul/salah) 3) Dedaun berguguran (betul/salah) 4) Daun berguguran (betul/salah) 5) Banyak jenis sayur-sayuran/ kuih-muih(betul/salah) 6) Banyak jenis sayur/kuih(betul/salah) 7) Pelbagai sayur-mayur(betul/salah)Dari aspek semantik, ungkapan yang betul ialah: Burung berterbangan; Daun berguguran; Banyak jenis sayur/kuih kerana berterbangan bermaksud terbang banyak-banyak, berguguran bermaksud gugur dengan banyaknya dan sayur-sayuran/sayur-mayur bermaksud bermacam-macam jenis sayur.Tatabahasa10.04.2011
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Saudara,

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.  Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 

2.  Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga.

3.  Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat.   

4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah  ditampalkan pada dinding restoran itu.  Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan).   Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada  konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN.

Tatabahasa10.11.2009
Dalam halaman 201 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Tiga, dalam contoh ayat 261-266, bolehkah saya ubah ayat kepada ayat yang seperti di bawah ini: 261. LAMPU-LAMPU yang bergantungan di dinding 262. BENDERA-BENDERA warna-warni berkibaran di sepanjang jalan. 263. BINTANG-BINTANG bertaburan di langit. 264. BURUNG-BURUNG layang-layang berterbangan di angkasa. 265. DAUN-DAUN/DEDAUN berguguran di halaman rumah. 266. (Ayat dikekalkan) Kanak-kanak berkejaran di padang sekolah. 1. Jika ayat tersebut tidak boleh diubah seperti yang saya tulis di atas, apakah sebabnya? Boleh berikan keterangan? 2. "Kanak-kanak" bukan kata ganda kerana "kanak-kanak" ialah satu perkataan? 3. "Dedaun" sama dengan "daun-daun"?Perkataan bergantungan, berkibaran, bertaburan, berterbangan, berguguran dan berkejaran ialah kata kerja terbitan yang terhasil daripada  penggunaan apitan beR-...-an yang membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah subjek yang banyak.  Oleh itu subjek seperti lampu, bendera, bintang, burung layang-layang, daun kering tidak perlu digandakan lagi. 

Manakala kanak-kanak pula ialah kata ganda semu dan membawa makna yang khusus apabila digandakan dan kata ganda semu bukan penanda jamak. Oleh itu, kanak-kanak betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut..
Lain-lain05.05.2014
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Kata penguat bebas ; sangat, amat, sungguh boleh diletakkan di hadapan kata adjektif atau di belakang kata adjektif. Jika diletakkan di hadapan kata adjektif,pastinya boleh menerima perkataan sekali. Contohnya, Zali amat baik sekali. Adakah hanya perkataan 'sekali' sahaja yang boleh diterima atau adakah perkataan lain? 2) Bolehkah sungguh, amat dan sangat digunakan serentak seperti ayat ini? Jika boleh, kenapa? Ayatnya : Amir mengalami kerinduan yang amat sangat terhadap neneknya di kampung. 3)Kata penguat belakang ....nian. a)Adakah 'nian' digunakan hanya untuk pemandangan? b)Bolehkah 'nian' digunakan dengan kata penguat bebas;sangat, amat, sungguh?Contoh frasa; amat indah nian, dan sangat dalam nian. Adakah kedua-kedua frasa ini betul? 4)Antara frasa di bawah,yang manakah betul? a) Dedaun berguguran, atau b) Daun berguguran 5)Adakah perbezaan antara 'mengajar' dan 'mengajarkan'. Keadaan bagaimanakah harus kita bezakan penggunaannya? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.

1) Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali.

2) Amat sangat bermaksud terlalu atau terlampau dan boleh digunakan secara serentak. 

3) Amat indah nian sangat dalam nian, kedua-dua frasa ini betul.

4) Daun berguguran.

5) Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya).

Tatabahasa03.08.2011

Kembali ke atas