Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.fén.sif] | ديفينسيف

Definisi : (défénsif) bersikap mempertahankan pandangan (hak dll): dia bersikap ~ terhadap warisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata defensif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defensivebela diri/ defensifPsikologiTiadaTiada
defensive copingkendalian defensifPerubatanTiadaTindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan.
underarm strokepukul aras sikuSukanTiadaPukulan defensif yang dilakukan dengan menghayun raket dari bawah kawasan jaring ke atas. Bulu tangkis dalam kedudukan tinggi.
misprisionsilap tanggapKesusasteraanTiadaSalah bacaan atau salah fahaman. Kesilapan ini sebenarnya taktik defensif yang diamalkan penyair apabila mencipta puisinya sebagai reaksi menentang kehebatan penciptaan puisi penyair yang terdahulu daripadanya. Langkah ini dianggap perlu dalam pembaharuan proses penciptaan karya, khususnya puisi. Justeru, pembaca digalakkan mengiterpretasikan puisi dengan cara ini. Istilah ini dicipta oleh Harold Bloom dalam bukunya bertajuk Anxiety of Influence.
allianceperikatanSains PolitikHubungan AntarabangsaPermuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO.

Kembali ke atas