Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gan] | دݢن

Definisi : Jw nyiur muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
question and answersoal jawabKomunikasiKorporatProses komunikasi dua hala antara sumber degan penerima maklumat. Proses ini merupakan amalan asas pelaksanaan komunikasi bersemuka yang membolehkan kedua-dua pihak bersoal jawab bagi menjelaskan kenyataan dan persoalan yang kabut atau tidak mantap. Dalam komunikasi korporat, proses ini boleh berlaku semasa sidang media antara pihak pengurusan atasan dengan pihak media, antara pelanggan dengan pihak syarikat atau organisasi, dalam mesyuarat di peringkat jabatan, dan antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui bersama. Selain menggunakan kaedah rasmi, soal jawab boleh berlaku melalui elektronik atau pertemuan di kaunter pertanyaan.
exhaust pipepaip ekzosKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPaip yang menyambungkan pancarongga ekzos degan bahagian lain pada sistem ekzos.
chromatinkromatinBiologiHistologi dan SitologiBahan di dalam nukleus yang terdiri daripada nukleoprotein dan dapat diwarnai degan pewarna asas.
electrophilic subsitutionpenukargantian elektrofilikFarmasiTiadaTindak balas yang melibatkan penukargantian satu atom atau kumpulan atom dalam sebatian organik degan reagen elektrofilik. Contohnya, C6H6 + NO2 +  C6H5NO2 + H + .
optical illusionilusi optikKomunikasiKorporatKesan khas yang digunakan dalam iklan dengan menggunakan ilusi mata. Ilusi ini terhasil apabila mata dan minda tidak dapat menilai degan tepat perkara yang dilihat. Keadaan ini disebabkan oleh objek yang dilihat pada realitinya berbeza sedikit daripada yang ditafsirkan oleh minda. Contohnya, apabila sebatang pensel direndam di dalam gelas yang gerisi separuh air, pensel tersebut akan kelihatan bengkok. Hal ini disebabkan oleh ketelusan cahaya dalam air dan udara yang berbeza. Contoh kedua adalah apabila dua garisan yang dilukis sama lurus dan sama panjang tetapi akan kelihatan sebaliknya, iaitu tidak sama panjang atau salah satunya bengkok. Keadaan ini kerana terdapat garis lain di sekitarnya. Dalam aspek penerbitan dan pengarahan bahan iklan, kesan seperti ini kerap digunakan sebagai kesan khas, sama ada dirancang atau sebaliknya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kesan khas visual yang dijangka dapat mempengaruhi persepsi khalayak terhadap objek yang diiklankan, sama ada melalui media cetak atau media elektronik.
resource personpakar rujukKomunikasiKorporatIndividu atau kumpulan yang mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang yang kepakarannya digunakan untuk sesuatu tujuan oleh organisasi atau syarikat. Individu atau kumpulan ini dilantik oleh syarikat sebagai perunding atau penasihat dalam sesuatu projek atau acara berkaitan degan bidang yang diperlukan. Pakar rujuk biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang luas, serta diperakui dan diiktiraf oleh komuniti dalam sesuatu bidang. Dalam komunikasi korporat, pakar rujuk perhubungan awam kerap diundang oleh syarikat atau organisasi awam untuk membantu menyelesaikan masalah pengurusan perhubungan awam, sama ada dengan khalayak dalaman atau khalayak luaran. Keputusan untuk menggunakan khidmat pakar rujuk biasanya dibuat pada peringkat awal penubuhan organisasi awam atau syarikat, semasa berlaku krisis, atau semasa syarikat atau organisasi itu sedang berusaha untuk melakukan proses penjenamaan semula.
balustradepeleparArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPagar yang diperbuat daripada batu. Ruang di antara pagar dengan bangunan keagamaan (candi) digunakan sebagai laluan untuk mengelilingi bangunan tersebut. Bahagian dinding pelepar dihiasi dengan relief keagamaan. Contohnya, Candi Borobudur (Pulau Jawa) pelepar dihiasi degan kisah seperti Yadawyhuha dan Awadana. Sinonim langkan.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.
apparatus criticuskritikus aparatusKesusasteraanTiadaKaedah membuat suntingan kritis terhadap karya dengan cara membandingkan beberapa sumber atau versi manuskrip yang berbeza. Kritikus aparatus biasa terdapat dalam kajian filologi, terutamanya semasa membuat suntingan atau transliterasi terhadap sesuatu naskhah manuskrip yang mempunyai vesi yang berbeza. Secara umumnya, sesuatu teks Melayu lama wujud dalam beberapa salinan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Pengkaji akan memilih sebuah naskhah manuskrip yang dianggap terbaik dan membuat edisi, transliterasi, atau transkripsi berdasarkan naskhak tersebut. Semasa membuat edisi, pengkaji akan membuat kritikus aparatus dengan cara membandingkan naskhah yang dianggap terbaik tadi degan beberapa variasi naskhah lain. Kritikus aparatus biasanya dibuat pada bahagian nota kaki. Antara perkara yang diberi tumpuan dalam kritikus aparatus termasuklah memberikan ulasan atau sebab. Sesuatu pilihan dibuat dengan mengemukakan bukti konkrit berdasarkan naskhah lain, sama ada dari segi perbezaan huruf, perkataan, atau struktur ayat. Pengkaji juga boleh mengemukakan bukti kukuh tentang kesalahan yang terdapat dalam naskhah (kemungkinan kesalahan yang dilakukan oleh penyalin), terutamanya wujud unsur kesilapan ejaan, penggantian perkataan, perulangan, kehilangan maklumat, dan sebagainya. Kritikus aparatus sangat penting kerana edisi, transliterasi, atau transkripsi naskhah yang dilakukan darpat dipertahankan kesahihannya, khususnya dalam usaha untuk mendapat suatu edisi yang bersifat ilmiah. Suatu edisi naskhah yang tidak memperlihatkan kritikus aparatus yang baik dan menjdikan edisi tersebut kurang berwibawa dan sering menimbulkan persoalan kepada para pembaca. Contoh kritikus aparatus yang baik dapat dilihat dalam transkripsi teks Sejarah Melayu oleh Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan transkripsi Syair Bidasari yang diusahakan oleh Jamilah Hj. Ahmad (1989). Contoh dalam sastera Arab ialah Kitab al-Tashbihat diusahakan oleh M. �Abd. Al,mu�id Khan dalam sastera Parsi, transkripsi teks Gulistan-i Sa�di diusahakan oleh Ghulam Husayn Yusufi, dan dalam sastera Turki, transkripsi teks Idahu�?-Hikem diusahakan oleh Bilal Kuspinar. Lihat juga anotasi.
chroniclekronikelKesusasteraanTiadaBentuk penulisan sejarah awal yang umumnya mengandungi rekod tentang peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa tertentu. Penulisan kronikel bermula sejak zaman Roman dan berkembang di Perancis dan Great Britain. Contoh kronikel yang penting ditemui dalam karya King Alfred berjudul Anglo-Saxon Chronicle. Karya ini meriwayatkan sejarah England dari awal (60 SM) hingga pertengahan abad ke-12. Kronikel wujud dalam bentuk prosa dan puisi. Di Nusantara, klonikel dikenali dengan nama babad atau tersilas. Sebagau suatu bentuk penulisan sejarah yang awal, kronikel memperlihatkan percampuran antara fakta degan unsur, bukannya fakta seperti legenda atau mitos. Penulis klonikel cenderung untuk menggunakan maklumat yang diperoleh tanpa menitikberatkan kebenaran maklumat tersebut berbanding dengan peristiwa atau fakta sejarah yang benar. Susunan peristiwa dalam klonikel bertujuan memuatkan rekod tentang peristiwa dan kurang penekanan terhadap interpretasi atau analisis terhadap peristiwa tersebut. Penulisan kronikel mula terhapus dalam tradisi pensejarahan sastera Melayu apabila penulisan berbentuk biografi, autobiografi, memoir, diari dan buku catatan pelayaran atau pengembaraan mula wujud dan berkembang. Penulisan bentuk ini mendapat tempat sebagai suatu kaedah penulisan sejarah. Dalam tradisi pensejarahan Melayu, penulisan klonikel umumnya dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah atau historiografi Melayu yang dihasilkan oleh sasterawan dan sejarawan istana Melayu pada zaman silam. Antara karya klonikel yang terkenal ialah Hikayat Raja Pasai (Pasai), Sejarah Melayu (Melaka), Merong Mahawangsa (Kedah), Misa Melayu (Perak) dan Tuhfat al-Nafis (Riau). Dalam sastera Arab, karya kronikel ditemui dalam al-Suluk oleh al-Maqrizi. Lihat juga catatan sejarah.

Kembali ke atas