Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.gil] | دݢيل

Definisi : (bersifat) tidak mahu atau tidak mudah menurut kata atau menerima nasihat, keras hati, tegar, keras kepala, kepala batu: budak itu memang degil, makin dilarang makin lagi dibuatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.gil] | دݢيل

Definisi : tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat; keras kepala: Budak itu ~ betul, apa kata ibunya sedikit pun tak diendahkannya. berdegil enggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu. kedegilan keadaan atau sifat degil; ketegaran: Oleh sebab ~nyalah, maka dia tidak dipedulikan oleh gurunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata degil

Peribahasa

Bangsar balur liat.

Bermaksud :

Orang yang degil. balur = kulit keras.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obstinatedegilPendidikanTiadaTiada
obstinatedegilSosiologiTiadaTiada
obstinate calfanak lembu degilPendidikanTiadaTiada
citrus stubborn diseasepenyakit degil sitrusBiologiPatologiPenyakit pohon limau, terutamanya limau manis, yang disebabkan oleh mikoplasma Spiroplasma citri. Tumbuhan yang terjangkit tumbuh lebih tegak ke atas, bantut kerana ruasnya lebih pendek dan lebih banyak menghasilkan tunas. Kulit kayunya tebal dan kadang-kadang menunjukkan lubang-lubang yang kecil.
die-hardhati batuSejarahTiadaOrang yang bersifat keras hati dan degil biasanya ahli poliitik yang menentang dasar baru di samping berjuang untuk mempertahankan dasar lama.
passive-aggressive behaviourtingkah laku pasif-agresifPerubatanPsikiatriPerlakuan yang pasif, seperti menangguh atau melengah-lengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa berserta perbuatan suka mengkritik pihak atasan.
spiroplasmaspiroplasmaBiologiPatologiSejenis mikoplasma yang juga mempunyai banyak ciri bakteria. Beberapa spesiesnya boleh menyebabkan penyakit tumbuhan, misalnya penyakit degil sitrus.
passive-aggressive personality disordergangguan personaliti pasif-agresifPerubatanPsikiatriKecelaruan yang terjadi apabila seseorang diarahkan melakukan kerja yang terbaik, tetapi bertindak pasif, seperti menangguh atau melengahkan kerja, degil, sengaja menghasilkan kerja yang kurang bermutu atau berpura-pura lupa.

Kembali ke atas