Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , dekahan ketawa dgn suara yg tinggi, ketawa terbahak-bahak: hilai dan ~ ketawa kakak mengganggu fikiranku; tiba-tiba terdengar dekahan ketawa dr bilik itu; berdekah-dekah ketawa (tertawa) dgn suara yg tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh: kadang-ka­dang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi ketawa yg kuat. berdekah-dekah tertawa dgn suara yg kuat; tertawa terkekek-kekek: tertawa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
schizophreniaskizofreniaPsikologiPsikologi UmumSatu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan.

Kembali ke atas