Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.kat] | دکت

Definisi : 1. tidak jauh jaraknya atau antaranya dr, hampir: rumahnya ~ dgn kedai; budak itu datang dan duduk ~ saya; Sungai Siput letaknya ~ sahaja dgn Kuala Kangsar; 2. hampir (bkn waktu, masa, jumlah, dll): siang tadi aku tidur ~ sejam lamanya; wang yg dikumpulkannya sekarang ini sudah ~ seribu ringgit; 3. bp kata yg menunjukkan tempat, di: makan ~ rumah kita pun hendak pakai garpu; 4. tidak lama lagi, hampir (akan berlakunya sesuatu): peperiksaan akhir tahun sudah ~; 5. rapat (bkn hubungan per­sahabatan, persaudaraan, dll), karib: penghulu kampung itu ~ benar dgn anak buahnya; dia itu saudara ~ saya; ~ dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk prb perkataan atau pengakuan yg dapat di­buk­tikan kebenarannya; ~ tak tercapai jauh tak berantara prb sesuatu yg diinginkan tetapi tidak berdaya utk mendapatkannya;dekat-dekat dekat (tidak jauh) antara satu dgn yg lain, rapat-rapat; berdekat 1. berada (duduk dsb) dekat atau hampir (dgn yg lain atau antara satu dgn yg lain): mereka berdua tidak boleh ~, kalau ~, pasti berlaku pertengkaran; 2. sl ber­hubungan rapat, berapat, berbaik; 3. ki = berdekat-dekat, berdekat-dekatan bergandingan, ber­campur: kesukaan itu selalu ~ dgn ke­dukaan; berdekat-dekat, berdekat-dekatan 1. (be­r­­­­­­­­ada, duduk, dsb) dekat antara satu dgn yg lain, berapat-rapat: apabila menonton per­tandingan bola sepak di stadium, mereka suka duduk ~; 2. ki bergandingan, berdekat; berdekatan 1. berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah di­laporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); mendekat 1. pergi (datang) dekat atau hampir ke sesuatu atau kpd seseorang: basikal penjual mi goreng itu semakin ~; 2. hampir tiba atau sampai: semua penduduk di daerah pedalaman telah dipindahkan dgn serta-merta kerana serangan musuh telah ~; 3. mahu berbaik-baik; mendekati 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; mendekatkan 1. meletakkan dsb supaya dekat atau berhampiran dgn, merapatkan, menghampirkan, mendampingkan: tong itu didekatkannya ke tepi perigi dan kemudian diisinya penuh-penuh dgn air; 2. menjadikan erat atau rapat (bkn perhubungan antara dua orang dll), merapatkan: sifat-sifatnya yg demi­kian itu ~ dia padaku; agama Islam telah ~ bangsa-bangsa tersebut kpd arus intelektual dunia; memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat, dll), mempererat, merapatkan lagi: hajat baginda hendak meminang puteri itu, di samping ~ dan mempererat hubungan dua buah negara itu; terdekat dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; kedekatan perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ peng­gunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari; pendekatan 1. perihal (perbuatan dsb) men­de­kati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.kat] | دکت

Definisi : 1 tidak jauh jaraknya atau antaranya; rapat; hampir: Rumah saya ~ dgn sekolah. 2 hampir (bkn waktu, masa): Mereka rajin mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah ~. 3 rapat (bkn persaudaraan dsb): Ani ialah saudara ~ saya. berdekat 1 berada dekat (dgn); berdamping; berapat-rapat: Dia enggan ~ dgn saya. 2 bergaul; berdamping: Dia dilarang ~ dgn budak-budak nakal. berdekatan berhampiran dgn; tidak berjauhan: Rumah-rumah yg ~ dgn Sungai Pahang habis ditenggelami air. Anaknya didaftarkan di sekolah yg ~. mendekati 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. mendekatkan 1 menjadikan dekat dgn; merapatkan; mendampingkan: Dia ~ sajian kuih-kuih itu kpd tetamunya. 2 menjadikan rapat (persaudaraan, perhubungan dsb); merapatkan: Perkahwinan itu telah ~ persaudaraan mereka. memperdekat menjadikan lebih dekat (rapat, erat dll); memperapat. terdekat paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. pendekatan 1 perbuatan (hal dsb) mendekati atau mendekatkan. 2 cara atau langkah yg diambil utk memulakan (melaksanakan) sesuatu tugas, usaha dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekat

Puisi
 

Duku dekat pohon melati,
     Banyaknya di bawah bunga bertabur;
Hatiku lekat mungkin ke mati,
     Rasa jiwa seumpama lebur.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Dekat dapat ditunjal,
     jauh dapat ditunjuk.

Bermaksud :

Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
thereabouts(US) thereabout adv dekat-dekat + approp n; (near that place) dekat-dekat situ: he left at noon or ~, dia pergi pd pukul dua belas tengah hari atau dekat-dekat waktu itu; a picture painted in 1784 or ~, lukisan ygKamus Inggeris-Melayu Dewan
nearbyadj & adv berhampiran, berdekatan; (colloq) , (near a particular place) dekat-dekat /sana, situ/; (near where the speaker is) dekat-dekat sini: a ~ school, sekolah yg berhampiran; is there a telephone ~?, ada telefon dekat-dekat sini?; we used to play at the field ~, kami biasa bermain di padang dekat-dekat situ.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hereaboutsadv dekat-dekat sini: I think he lives ~, saya fikir dia tinggal dekat-dekat sini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vergebe on the ~ of, hampir-hampir; (colloq) dekat-dekat: the man was on the ~ collapse, lelaki itu hampir-hampir pengsan; he was on the ~ of a nervous breakdown, dia hampir-hampir mengalami patah jiwa; the country is on the ~ of achieving industrial success, negara itu hampir-hampir mencapai kejayaan perindustrian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tread~ on so’s heels, a. follow so. very closely, mengekori sso dekat-dekat; b. (fig.) mengejar sso: I have to get this article finished – the editor’s ~ing on my heels, saya mesti menyiapkan rencana ini – saya dikejar editornya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ - cropped, /digunting, dipotong/ pendek; ~ - set, rapat: ~ - set eyes, mata rapat; a ~ /shave, call, thing/, nyaris-nyaris + approp v : he survived the operation, but it was a ~ shave, dia selamat menjalani pembedahan walaupun dia nyaris-nyaris mati; ~ to so’s heart, sangat diminati sso: wild life preservation is a subject ~ to her heart, pemeliharaan hidupan liar adalah perkara yg sangat diminatinya; at ~ quarters, dr dekat, dekat-dekat: she was even more beautiful at ~ quarters, malah dia kelihatan lebih cantik dr dekat; in ~ proximity, dekat-dekat, rapat-rapat: they were sitting in ~ proximity, mereka duduk rapat-rapat; /keep, lie/ ~, bersembunyi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
butadv hanya... (sahaja): he was ~ a child, dia hanya seorang budak: there is ~ one way, hanya ada satu jalan sahaja; all ~, hampir-hampir, dekat-dekat: he was all ~ dead when we found him, dia hampir-hampir mati sewaktu kami menjumpainya; ~ for, kalau tdk krn: ~ for him I would have been killed, kalau tdk krn dia, saya mungkin terbunuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
close~ by, berhampiran, berdekatan; ~ / on, upon/, almost, hampir: he was ~ on eighty, umurnya hampir lapan puluh tahun; ~ to, at only a short distance from, berhampiran dgn, dekat dgn: she sat ~ to me, dia duduk dekat dgn saya; they live ~ to the post office, mereka tinggal berhampiran dgn pejabat pos; ~ to home, hampir mengenai sasaran; ~ together, dekat-dekat: to stand ~ together, berdiri dekat-dekat; come ~ to, almost, hampir(-hampir): she came ~ to losing her job, dia hampir-hampir dibuang kerja; sail ~ to the wind, a. belayar menyongsong angin; b. (fig.) hampir melanggar tatasusila: he sails ~ to the wind in his criticism of the government, dia hampir melanggar tatasusila dlm kritikannya thdp kerajaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nearadj & adv 1. close, a. (in space) dekat: the station is very ~ (to the hotel), stesen dekat sekali (dgn hotel); the ~est town is 50 km. away, bandar yg paling dekat 50 km dr sini; ~ neighbours, jiran dekat; move your chair ~er, alih kerusi kamu dekat sedikit; b. (in time) dekat, hampir: the New Year is ~, Tahun Baru sudah hampir; c. (in relationship) dekat, rapat: he is a ~ relative of mine, dia saudara dekat saya; d. (to action or event) hampir(-hampir) (+ approp v):Kamus Inggeris-Melayu Dewan
closeadv near, dekat, rapat: don’t come too ~, jangan datang dekat sangat; to follow ~ behind, mengekori dekat di belakang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas