Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.ko.ra.si] | ديکوراسي

Definisi : (dékorasi) 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dekorasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
Saya mencari istilah Bahasa Melayu untuk 'pilaster' iaitu dekorasi berbentuk tiang. Adakah 'sendi tiang' atau 'tetulang tiang' atau 'pilaster'? Terima kasih DBP.Kami mencadangkan pilaster diterjemahkan sebagai "pilaster" atau "tetulang dinding". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah27.01.2022
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010
sila beri komen kerana saya hanya terima ini. Soalan : sila semak lampiran yang saya sertakan. terima kasih Jawapan : Sila pergi ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa. Terima kasih Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. saya layari ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa tetapi tidak ada apa yang membantu..sila semak sekali lagi untuk saya mendapatkan lesen MPKU. Terima kasih.Ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat:
1. 1hb-31hb Mac 2012 dipinda kepada 1 - 3 Mac 2012.
2. Sila betulkan ejaan Pertunjukan Kucing 2012 (betulkan baris perkataan agar tidak mengelirukan pembaca).
3. Dekorasi dipinda kepada Hiasan.
Untuk tujuan pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain24.02.2012
sila beri komen kerana saya hanya terima ini. Soalan : sila semak lampiran yang saya sertakan. terima kasih Jawapan : Sila pergi ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa. Terima kasih Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. saya layari ke bahagian Khidmat Pengesahan Bahasa tetapi tidak ada apa2apa yang membantu..sila semak sekali lagi untuk saya mendapatkan lesen MPKU. Terima kasih.Ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat:
1. 1hb-31hb Mac 2012 dipinda kepada 1 - 3 Mac 2012.
2. Sila betulkan ejaan Pertunjukan Kucing 2012 (betulkan baris perkataan agar tidak mengelirukan pembaca).
3. Dekorasi dipinda kepada Hiasan.
Untuk tujuan pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain24.02.2012

Kembali ke atas