Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.lé.ga.si] | ديليݢاسي

Definisi : (délégasi) 1. rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm perundingan (persidang­an dsb), perwakilan; 2. tindakan mengamanah­kan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tang-gungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb); 3. Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain; mendelegasikan mengamanahkan atau me­­nurunkan hak (kuasa, tugas dan tang­gungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.lé.ga.si] | ديليݢاسي

Definisi : /délegasi/ orang atau kumpulan orang yg dipilih utk mewakili sesebuah negara dsb ke sesuatu persidangan, perundingan dll; perwakilan; perutusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delegasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
delegacydelegasiPendidikanTiadaBadan yang bertanggungjawab untuk mentadbir aspek tertentu dalam aktiviti kolej atau universiti.
delegationpenugasan; perwakilan; delegasi; utusanPentadbiranTiadaTiada
delegationpenugasan; perwakilan; delegasi; utusanPerhutananTiadaTiada
delegationpenugasan; perwakilan; delegasi; utusanSejarahTiada1. Perihal mengutus rombongan atau wakil dalam satu perundingan.,2. Rombongan perwakilan ke satu perundingan.
Baruch PlanRancangan BaruchSains PolitikHubungan AntarabangsaRancangan peringkat antarabangsa bagi mengawal tenaga atom. Rancangan ini dicadangkan oleh delegasi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Benard Baruch kepada Jawatankuasa Tenaga Atom PBB pada tahun 1946. Rancangan ini bertujuan untuk menubuhkan satu institusi antarabangsa yang mengawal selia semua pengeluaran senjata nuklear dan hak melintasi sempadan negara bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan pembangunan senjata tersebut. Walau bagaimanapun, Kesatuan Soviet menentang rancangan ini dan mencadangkan supaya suruhanjaya pengawal senjata tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan PBB. Kesatuan Soviet juga mencadangkan supaya semua stok senjata nuklear Amerika Syarikat dimusnahkan terlebih dahulu.
isolationistpemencilSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau kelompok masyarakat yang bertindak memisahkan hubungannya dengan negara, masyarakat dan badan dunia lain. Dasar luarnya tidak menyentuh pihak lain dan tidak juga menjemput perwakilan luar datang ke tempatnya. Bagi negara yang mengamalkan pemencilan ini, mereka tidak menganggotai sebarang pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Opec, Nato atau Komanwel. Tujuan pemisahan ini dilakukan kerana ideologi, budaya dan keselamatan. Contohnya, Republik Rakyat China telah lama menutup pintu terhadap kemasukan delegasi atau peniaga negara lain sejak menjadi komunis. Perubahan dasar China hanya berlaku pada dekad 1980-an.

Kembali ke atas