Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.li.ma] | دليما

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Punica gramnatum; ~ burung sj tumbuhan (pokok renek), daun pekan, delik air, Memecylon dichotomum; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), cempaka tanjung, Gardenia tubifera; ~ merekah warna bibir yg elok; batu ~ sj permata (berwarna merah muda); warna ~ warna merah muda; spt daun ~ dgn bunganya prb hidup yg tidak berguna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.li.ma] | دليما

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya boleh dimakan), Punica gromatum. ~ merekah warna bibir yg elok (merah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata delima

Puisi
 

Delima batu dipenggal-penggal,
     Bawa galah ke tanah merah;
Lima waktu kalau ditinggal,
     Allah taala memang marah.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Seperti daun delima dengan bunganya.

Bermaksud :

Hidup yang tiada berguna.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DELIMA

Delima ialah buah daripada pokok yang ditanam

dalam iklim panas. Pokok ini tumbuh liar di barat

Asia dan barat laut India. Ia juga ditanam secara

komersial di negara-negara yang bersempadan

dengan Laut Mediterranean dan di tengah

California, Amerika Syarikat. Pokok delima adalah

bak pokok belukar apabila ia tumbuh liar, tetapi

apabila ditanam, ia tumbuh sebagai pokok kecil.

Ia mencapai ketinggian di antara 4.5 hingga enam

meter dan mengeluarkan dahan-dahan kurus.

Bunganya yang berwarna merah menyala tumbuh

di hujung dahannya.

UMUM 
SYAIR SELINDUNG DELIMA

SYAIR SELINDUNG DELIMA, puisi Melayu tradisional.  Syair ini adalah sebuah syair romantis atau hikayat. Syair Selindung Delima juga dikenal dengan nama Syair Seri Bunian atau Syair Indera Laksana. Syair ini juga terdapat dalam bentuk prosa dengan judul Hikayat Selindung Delima. Salah satu naskhah syair ini tersimpan di Jakarta (Bat. Gen. 34) dan disalin di Bukittinggi pada tahun 1850 yang dipenuhi dengan perkataan Minangkabau. Naskhah ini juga pernah dicap batu di Singapura.

SASTERAKonsep
PERMATA

Permata ialah mineral atau bahan lain yang

digunakan dalam barang kemas dan hiasan lain.

Permata termasuk berlian, zamrud, baiduri, dan

delima, serta permata yang dibuat di makmal dan

permata tiruan lain yang dicipta secara artifisial.

Apabila dilombong, kebanyakan batu permata asli

mempunyai permukaan yang kasar dan bentuk yang

tidak sekata. Pemotong permata yang mahir

kemudiannya akan memotong dan menggilap batu-

batu tersebut untuk menyerlahkan kecantikannya.

UMUM 
KINGLET

Kinglet ialah burung kecil berwarna hijau buah

zaitun dan berjambul (tompok) berwarna terang di

atas kepalanya. Dua jenis kinglet, satu berjambul

keemasan dan satu lagi berjambul merah delima,

hidup di Amerika utara. Burung ini panjangnya

lebih kurang 10 sentimeter. Ia terbang pantas untuk

mencari serangga.

UMUM 
NILAM

Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih.

Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang

terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari

sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di

dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna

seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren.

Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan.

Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima.

UMUM 
SURAH AL-IKHLAS

Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas

(ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran

iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan

bahawa golongan musyrikin datang bertemu

Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai

Muhammad, gambarkan kepada kami tentang

Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun

perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka

turunlah ayat yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu

Maha Esa. Allah tempat bergantung”.

(Surah al-Ikhlas 112:1–2)

UMUM 
KERONGSANG

KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas